Permohonan UPUOnline 2022/2023 Universiti Awam, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi UPU Online 2022/2023 bagi kemasukan ke Universiri Awam (UA), Politeknik , Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti untuk lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya kini dibuka.
Calon-calon yang ingin membuat permohonan disarankan untuk senaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi.
Pastikan juga bidang yang dipohon sesuai dengan kelulusan akademik.
Baca Juga : Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23
Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline / Unik ID
Berikutan wabak pandemik Covid-19 yang menjejas segenap masyarakat sehingga ke hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (IPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline atau Unik ID kepada SEMUA PEMOHON bagi sesi akademik 2022/2023.
Ini bermakna, pemohon tidak perlu terus lakukan permohonan terus di portal rasmi UPU tanpa perlu membuat pembelian nombor pin.

Program Pengajian Asasi/Diploma/Sijil : Pemohon Lepasan SPM atau Setaraf
Pemohon yang berkelulusan SPM atau setaraf dengannya pada tahun 2021, 2020 dan 2019 berpeluang untuk kemukakan permohonan kemasukan ke :
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti ; dan
- Institut Latihan Kemahiran Awam (LKA)
Berdasarkan kelayakan dan minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi / Diploma / Sijil / Ijazah Sarjana Muda – UiTM sesi akademik 2022/2023.
Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda : Pemohon Lepasan / Lulusan STPM (Setaraf)
Bagi permohonan bagi bakal siswa yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi dan Diploma / Setaraf pula berpeluang untuk kemukakan permohonan kemasukan ke
Universiti Awam
Berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2022/2023.
Kategori Permohonan UPU 2022/2023
Perincian bagi kategori permohonan UPU sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :
- Kategori SPM / Setaraf Tahun 2021, 2020 & 2019
Calon layak kemukakan permohonan bagi peringkat pengajian Asasi / Sijil /Diploma sesi akademik 2022 / 2023 di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.
- Kategori STPM/ Setaraf
Calon dari kategori ini pula merupakan individu yang mempunyai salah satu daripada kelulusan seperti berikut :
- STPM 2021
- Maktrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains UiTM 2021 & 2022
- STAM 2020 & 2021
- Diploma Setaraf
Calon dari senarai di atas layak untuk membuat permohonan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2022/2023 di Universiti Awam.
Bila sudah jelas dengan kategori masing-masing, calon boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum kemukakan permohonan.

Tarik Permohonan UPU Online 2022/2023
Untuk makluman, permohonan UPU Online 2022/2023 dibuka bermula 4 Februari 2022 (jam 12 tengah hari) sehingga 31 Mac 2022 (jam 5 petang).
Sistem Aplikasi Borang Permohonan UPU Online
Permohonan perlulah dilakukan melalui atas talian / online melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPU Online seperti pautan di bawah :
Sistem Aplikasi Permohonan UPU Online
Permohonan kali pertama / baru perlu mendaftar akaun sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Pemohon juga perlu gunakan nombor unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem.
Calon boleh rujuk pada manual pengguna seperti di bawah :
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut :
Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)