INSIST9 | Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000

INSIST9 | Insentif Siswazah Tani N. Sembilan RM10000 ~ Sukacita dimaklumkan kepada  Siswazah di Negeri Sembilan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswazah Tani (INSIST9) di bawah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.

Insentif Siswazah Tani N. Sembilan (INSIST9)

Insentif Siswazah Tani N. Sembilan (INSIST9) adalah merupakan sebuah usaha bagi menggalakkan siswazah berumur 40 tahun ke bawah menceburi bidang pertanian dan mengubah persepsi mereka terhadap sektor pertanian.

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif berjumlah RM10,000 untuk satu projek pertanian.

Syarat Kelayakan Pemohon 

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia dan siswazah yang berumur 40 tahun ke bawah.
  • Merupakan anak Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya selama 10 Tahun.
  • Mempunyai kemudahan tanah (sama ada sendiri atau sewa).
  • Melaksanakan projek sayur-sayuran, buah-buahan dan industri berpotensi.
  • Keluasan tanah sekurang-kurangnya 0.4 hektar bagi konvensional, 1500 polibeg bagi fertigasi, bongkah cendawan atau 20 haif lebah/kelulut dan telah memulakan projek pertanian.
  • Skop pembiayaan meliputi kerja-kerja pembangunan infrastruktur ladang seperti perparitan, sistem pengairan, jalan ladang dan bahan input pertanian.

Cara Membuat Permohonan 

  • Sila layari laman web di pautan berikut: https://pertanian.ns.gov.my/borang
  • Klik bahagian Siswazah Tani (INSIST9).
  • Muat turun borang permohonan tersebut.
  • Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat-pejabat Pertanian Daerah berhampiran.

KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG: https://drive.google.com/file/d/1LwFKLgBdQeZL6-iQyDUk1r6FF2KJ53Uz/view

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Gambar Pemohon Ukuran Pasport (2 Keping)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah (jika perlu)
  • Salinan Hak Milik Tanah/Kebenaran Penggunaan Tapak (jika berkenaan)
  • Salinan Perjanjian Sewa/Surat Kebenaran Penggunaan tanah (Surat perjanjian/Kebenaran perlu disahkan)
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia (salinan sijil perlu disahkan).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://pertanian.ns.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!