NILAM Johor : Portal Rekod Bacaan Murid Negeri Johor

Seperti yang kita tahu, program NILAM telah wujud sejak lebih 20 tahun lalu bagi memupuk semangat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Khas untuk murid-murid yang bersekolah di negeri Johor, mereka kini boleh merekod bacaan buku secara atas talian menerusi NILAM Johor.

NILAM Johor merupakan satu laman yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai alternatif kepada murid serta guru yang sering merekodkan bacaan buku secara manual.

Apa Itu Program NILAM?

NILAM adalah akronim bagi ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’ dan merupakan program bacaan yang telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1999.

Ia diperkenalkan secara rasmi pada tahun tersebut dengan Tahun 1 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 atau peralihan di sekolah menengah.

Perlaksanaan program ini adalah bagi membina tabiat membaca dalam kalangan murid di samping menggalakkan pemikiran serta idea kreatif dan inovatif bagi memupuk tabiat membaca.

Untuk makluman, program NILAM melibatkan 3 komponen utama iaitu:

  • Membaca dan merekod bacaan
  • Mengesahkan rekod
  • Memberi pengiktirafan

Untuk komponen membaca dan merekod bacaan, langkah ini adalah melibatkan murid itu sendiri.

Bagi komponen mengesahkan rekod dan memberi pengiktirafan, ia adalah tanggungjawab guru di sekolah masing-masing.

nilam johor

Cara Login NILAM Johor

Berikut merupakan cara-cara untuk login portal NILAM Johor :

  1. Layari laman web NILAM Johor iaitu https://nilamjohor.edu.my/
  2. Masukkan ID Delima murid.
  3. Sebagai contoh ID Delima murid adalah: [email protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default): abcd@1234
  4. Pengguna dinasihatkan supaya ID dan kata laluan ini tidak diubah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Cara Rekod Bacaan

  1. Pergi ke menu utama dan klik bahagian ‘Aktiviti Bacaan.’
  2. Klik butang ‘Tambah Aktiviti Bacaan’ untuk merekod bacaan yang telah dibaca.
  3. Pilih ‘Klasifikasi Bahan Bacaan.’
  4. Isi maklumat bahan bacaan seperti judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit dan tarikh bacaan.
  5. Klik butang ‘Simpan’ setelah selesai.
  6. Rekod maklumat yang telah berjaya disimpan boleh dipadam oleh guru kelas dan atau Admin sekolah sahaja.

Anda boleh tonton video di bawah untuk keterangan lebih lanjut mengenai penggunaan portal NILAM Johor.

Baca Juga : SSDM KPM 2023 : Sistem Sahsiah Diri Murid

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!