Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022

Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022 telah di buka. Permohonan ini bagi membantu pelajar-pelajar MARA yang kurang berkemampuan untuk membuat pembelian komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Skim Pinjaman Komputer MARA ini juga adalah bagi memenuhi keperluan pembelajaran pada ketika ini yang mana memerlukan pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian.

Apa Itu Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA)

Skim Pinjaman komputer di wujudkan bagi membantu pelajar di Insitutsi Pendidikan MARA (IPMa) memilik komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran

Syarat Kelayakan

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat persediaan /pra-universitit,sijil, diploma atau ijazah pertama
  • Pemohon tidak menerima kemudahan pinjaman komputer dari badan penaja/pihak lain
  • Baki tempoh pengajian tidak kurang satu tahun dari tarikh permohonan di buat
  • Pemohon layak memohon satu kali pinjaman bagi setiap peringkat pengajian

*Nota : layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan

Baca juga : Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah

Jumlah Pinjaman

  • Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000 tertakluk kepada harga sebenar komputer
  • Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya

Penjamin

Pinjaman ini memerlukan seorang penjamin

Syarat Penjamin

  • Warganegara
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Ibu/bapa/penjaga/ahli keluarga
  • Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500

Bayaran Balik Pinjaman

  • Pinjaman ini perlu di bayar balik sepenuhnya
  • Pelajar tidak layak memohon pengurangan bayaran balik pinjaman ini
  • Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan
  • Tempoh maksimum bayar balik adalah 18 bulan
  • Bayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian

Cara Mohon

  • Permohonan hendaklah di buat secara atas talian menerusi pautan aplikasi.mara.gov.my/skip bermula 04 april 2022 sehingga 18 april 2022
  • Permohonan akan di proses dalam masa 3 bulan dari tempoh permohonan di buat. Sekiranya tiada maklumbalas berkenaan permohonan dalam tempoh tersebut.permohonan dianggap tidak berjaya
  • Semakan status permohonan boleh dibuat melalui wakil person in charge (PIC) di institusi pengajian tinggi masing-masing

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA (SKIPMA) 2022, anda boleh menghubungi ;

Bahagian Penganjuran Pelajaran

Tingkat 10, Ibu Pejabat Mara

21, Jalan MARA,50609 Kuala Lumpur [email protected]

E-mail : [email protected]

Website : https://aplikasi.mara.gov.my/skip/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!