DPLI UKM Eksekutif Ambilan OGOS 2023 (MQA)

Pendaftaran DPLI UKM Eksekutif ambilan Ogos 2023 di iktiraf (MQA) telah dibuka.

Yuran dan subjek program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif (DPLIE) adalah seperti maklumat di bawah.

DPLI UKM Eksekutif 2023

dpli ukm ogos 2023

Pengajian ini khusus bagi graduan ijazah yang berminat untuk bekerja dalam sektor perguruan tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut. Tempoh jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)

Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2023

Kelebihan Pengajian DPLI UKM Eksekutif

Selain tempoh jangka masa pengajian yang singkat, antara kelebihan Diploma Pengajian Lepasan Ijazah UKM Eksekutif ini adalah ;

  • Yuran Pengajian berpatutan
  • Dijalankan semasa cuti persekolahan
  • Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  • Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Syarat Permohonan

  • Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  • Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
  • Ujian MEdSI akan dijalankan pada Semester Kedua.
  • Tiada had umur permohonan.  

Yuran Pengajian DPLI UKM 2023

Bayaran bagi yuran Pengajian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM  Eksekutif mod cuti sekolah adalah sebanyak RM 10,200.00. Bayaran boleh dibuat mengikut semester seperti jadual berikut ;

SEMESTER 1 (RM 3500)

  • BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 22 Ogos 2023
  • BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2023
  • BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 NOVEMBER 2023

SEMESTER 2 (RM 3500)

  • BAYARAN PERTAMA : RM 1500 SEBELUM 25 FEBRUARI 2024
  • BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 MAC 2024
  • BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 APRIL 2024

YURAN SEMESTER 3 (RM 3200)

  • BAYARAN PERTAMA : RM 1200 SEBELUM 25 OGOS 2024
  • BAYARAN KEDUA : RM 1000 SEBELUM 25 SEPTEMBER 2024
  • BAYARAN KETIGA : RM 1000 SEBELUM 25 OKTOBER 2024

Subjek Pengajian DPLI UKM Ogos 2023

Bagi subjek pengajian Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM  Eksekutif mod cuti sekolah adalah seperti berikut ;

dpli ukm subjek
SemesterKategori KursusKursusJumlah Kredit


Semester 1 15 Jam Kredit


Asas Pendidikan

GGGA5032 : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di
Malaysia
2
GGGB5222 : Psikologi   Pendidikan2
GGGE5013 : Kurikulum   dan Inovasi Dalam Pendidikan3
GGGA5022 :   Pentaksiran Pembelajaran2
GGGD5022 : Sekolah   dan Masyarakat2
Persediaan ProfesionalGGGE5014 : Kaedah   Mengajar4

Semester 2 9 Jam Kredit
Asas PendidikanGGGB5023 : Kajian   Tindakan Dalam Pendidikan3
Persediaan ProfesionalGGGE5042 : Pengajaran   Mikro dan Makro2
Elektif ( Wajib ) – 2 dari 3 kursusGGGB5432 : Kemahiran Berkomunikasi dan Berfikir dalam
Pendidikan
3
GGGB5682 : Asas   Kaunseling & Pengurusan Bakat3
GGGS5132 :   Keusahawanan dalam Pendidikan3
Semester 3 6 Jam KreditLatihan MengajarGGGE5016 : Praktikum6

Lokasi Pengajian

  • Pusat Kuliah Bangi, Selangor
  • Pusat Kuliah Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Kuliah Kuching, Sarawak 
  • Pusat Kuliah Kota Kinabalu, Sabah

*NOTA PENTING: Kampus utama untuk kelas bersemuka adalah di UKM Bangi, Selangor. Bagi lokasi lain, kelas bersemuka hanya akan dibuka berdasarkan bilangan pelajar di kawasan tersebut. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, kelas hanya akan dijalankan di kampus UKM Bangi, Selangor

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online pada pautan berikut https://koperasisiswazah.onpay.my/prospect/form/8

Bayaran permprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan dan perlu boleh dilakukan dengan cara:

  • Pindahan wang ke akaun Maybank – Koperasi Siswazah Bangi Berhad: 5622 6352 4364 ATAU
  • Bank draft atas nama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Senarai Semak Permohonan DPLI UKM

  1. Borang Permohonan yang LENGKAP diisi. (Borang yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses)
  2. Sekeping gambar berukuran Pasport. (Lekatkan dalam borang permohonan)
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan slip deposit bank bagi bayaran pemprosesan sebanyak RM 50.00 (Tempatan) dan RM100 (Antarabangsa)
  5. Salinan SIJIL DAN TRANSKRIP IJAZAH SARJANA MUDA yang telah disahkan benar
  6. Salinan SIJIL DAN TRANSKRIP DIPLOMA yang telah disahkan benar (Jika ada)

Penghantaran Borang

Penghantaran Borang Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM  Eksekutif mod cuti sekolah boleh dihantar secara EMEL (DIGALAKKAN) atau POS:

Penghantaran melalui Emel

Borang permohonan dan dokumen sokongan (rujuk senarai semakan) dihantar dalam format PDF dan di hantar ke alamat emel : [email protected]

Pastikan diletakkan juga maklumat ini di kandungan emel anda:

  1. Nama Penuh
  2. No Kad Pengenalan
  3. Alamat Emel
  4. No Telefon

(BORANG PERMOHONAN YANG DIHANTAR SECARA EMEL BOLEH MEMPERCEPATKAN LAGI  PROSES PENDAFTARAN DAN PENILAIAN PERMOHONAN ANDA)

Penghantaran Melaui POS

Sila kepilkan slip bayaran bersama dokumen yang dipos.

Borang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu diposkan ke alamat:

Koperasi Siswazah Bangi Berhad,

Paras 1, Bangunan Pentadbiran,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan DPLI UKM Eksekutif Ambilan OGOS 2023, anda juga boleh layari https://koperasisiswazah.com/maklumat-program-dplie/ atau hubungi melalui telefon atau whatsapp ke nombor berikut ;

  • Cik Nik Nurzuhayra: +6011-60809134 
  • Cik Nurul Syazwani : +6014-9887114
  • Puan Nabilah : +6011-33001173

Baca juga : Permohonan PDP-PAKK : Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!