Biasiswa Yayasan UMP Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus & Mod Campuran Tahun 2022 Kini Dibuka

Berita baik, tawaran permohonan Biasiswa Yayasan UMP bagi Program Ijazah Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus dan Mod Campuran tahun 2022 telah dibuka. Tawaran ini dibuka bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana sama ada program Penyelidikan, Kerja Kursus mahupun Mod Campuran.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022

Pengenalan Yayasan UMP

Dalam membantu pembangunan pelajar Yayasan UMP menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif kepada para pelajar menerusi bantuan dan kebajikan.

Usaha Universiti dalam mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan Universiti

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Penyelidikan

biasiswa yayasan ump 2022 sarjana penyelidikan

 

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Penyelidikan mod SEPENUH MASA.
  2. Keutamaan kepada golongan B40
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

Baca juga : Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Program Ijazah Sarjana Muda

    • Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa
    • Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa

 

  1. Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6
  2. Tempoh tajaan biasiswa ini dikira bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan
  3. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester

 

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Kerja Kursus & Mod Campuran

biasiswa yayasan ump 2022 sarjana kerja kurus mod campuran

  1. Skim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara SEPENUH MASA yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.
  3. Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
    • i.  Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
    • ii. Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
  1.  Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.
  2.  Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.
  3. Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.

Cara Permohonan

  1. Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman dan Dermasiswazah Yayasan
  2. Borang Permohonan Biasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Penyelidikan (https://forms.gle/vRDat8fspRqXXkB3A)
  3. Borang Permohonan Biasiswa Program Ijazah Sarjana Kerja Kursus dan Mod Campuran
  4. (https://forms.gle/EASgx9Wxgezbngnu7)
  5. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut:
    • Resume atau CV pelajar yang terkini
    • Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda
    • Slip gaji Bapa yang telah
    • Slip gaji Ibu yang telah
    • Slip gaji Penjaga yang telah
    • Slip gaji Suami/Isteri yang telah

 

  1. Setelah permohonan disemak oleh IPS dan didapati dokumen lengkap, satu temuduga akan dilaksanakan oleh
  2. IPS akan menghantar keputusan temuduga yang telah diperakukan oleh Dekan IPS mengikut keutamaan dan justifikasi untuk dipanjangkan kepada Pengerusi Yayasan UMP untuk
  3. Surat tawaran akan diberikan kepada pelajar setelah mendapat kelulusan oleh Pengerusi Yayasan

Semakan Stasus Permohonan

  1. Hanya pemohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sebarang keputusan adalah muktamad.
  2. Keputusan permohonan Biasiswa Yayasan  Universiti Malaysia  Pahang dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.
  3. Mana – mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus dan Mod Campuran Tahun 2022,boleh dibuat dengan menghubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke [email protected]. Atau anda juga boleh layari laman sesawang https://www.ump.edu.my/

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!