Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)

BBerita baik,  tawaran mendapatkan biasiswa pendidikan mahsa university 2022 peringkat diploma telah dibuka. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan permohonan daripada pelajar yang memenuhi kelayakan. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga asnaf fakir miskin.

“Tempat cantik, suasana kondusif, pengajian ditaja..Jom sambung pengajian di MAHSA University ”

Prasarana tempat pengajian yang lengkap dan eksklusif serta berdekatan dengan kemudahan yang diperlukan.

 

Permohonan bagi biasiswa pendidikan mahsa unitvsity kini  dibuka untuk Kemasukan tahun 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Jun 2022.

Biasiswa  Pendidikan MAHSA University

tawaran biasiswa pendidikan mahsa university

Tawaran bagi bagi pelajar yang layak menerima baisiswa ini, tajaan MAHSA University ini merangkumi tiga perkara berikut iaitu ;

  • Yuran pendaftaran,
  • Yuran pengajian dan
  • Yuran asrama

Bidang Pengajian Yang Ditawarakan

Untuk tawaran ini, bidang pengajian yang layak untuk dipertimbangkan ialah dalam bidang Diploma in Business Administration.  (Jumlah tempoh pengajian selama 2 tahun atau 4 semester)

 

 

Syarat Kelayakan

Pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon tawaran biasiswa ini, perlulah memenuhi kriteria dan kelayakan asas seperti berikut;

  • Warganegra Malaysia
  • Bermastautin atau menetap di negeri Kedah
  • Berusia 17 tahun ke atas
  • SPM 3 kredit dan lulus subjek bm dan sejarah
  • Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir miskin

 

Cara Pemohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dan wajib mengisi borang permonan melalui pautan berikut https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity

Peringatan setiap pemohon hendaklah mengisi link google form yang diberikan dan mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

 

Semakan Status

Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan dan pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022, anda boleh hubungi :

Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

No.telefon : 04-7331740

Email : [email protected]

Facebook : https://www.facebook.com/zakatkedah

 

Soalan Lazim Permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA Univesity

Bilakah tarikh tutup permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA University?

Permohonan akan ditutup pada 10 Jun 2022

 

Bagaimana Cara Mohon Biasiswa Pendidikan MAHSA?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!