Permohonan Pinjaman Pelajaran & Skim Bantuan Pendaftaran YPJ

Anak-anak Negeri Johor yang akan mendaftar kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di IPTA & IPTS yang terpilih boleh membuat permohonan menerusi Pinjaman Dalam Negara dan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) di bawah Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Untuk makluman, YPJ telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh kerajaan Negeri Johor bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di IPT di dalam dan di luar negeri.

Oleh itu, antara bantuan yang ditawarkan menerusi YPJ ialah Pinjaman Dalam Negara dan SBP bagi membantu anak-anak Negeri Johor yang akan mendaftar dan sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS yang terpilih.

Permohonan kedua-dua bantuan ini telah dibuka pada 15 Ogos dan akan ditutup pada 28 Ogos 2021.

Institusi Yang Ditaja

IPTA, IPTS dan Politeknik yang akan ditaja menerusi kedua-dua bantuan ini adalah seperti berikut:

IPTA

  • Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

IPTS

  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
  • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
  • Marsah (Diploma sahaja)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:

i) Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri

  1. Pemohon lahir dan menetap di Johor.
  2. Pemohon telah mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  3. Kursus yang diikuti pemohon mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian semasa pemohon semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  5. Pemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti pemohon mestilah ‘sepenuh masa.’
  7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
  8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

ii) SBP

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih IAITU Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah.
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari IPT.
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
  5. Pendapatan ibu dan bapa atau Penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan dan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri dan SBP, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Pra Permohonan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  8. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru atas kanan jenis permohonan yang di pohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” atau “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”
  9. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:

    Yayasan Pelajaran Johor,
    No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,
    Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar,
    Karung Berkunci 711,
    80990 Johor Bahru,
    Johor Darul Takzim.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua bantuan ini, sila layari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!