Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023 Mohon Sekarang

Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023 sesi 1 telah dibuka. Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Universiti Teknologi Mara telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.

Butiran permohonan adalah seperti berikut :

  • Tarikh Buka Permohonan : 26 September 2022 ( Isnin )
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 ( Isnin )
  • Tarikh Temuduga : 17 Oktober 2022 – 16 Disember 2022

Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022

Syarat Permohonan Zakat Pelajar UiTM

Bagi pelajar yang hendak memohon bantuan zakat ini, perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut ;

  • Beragama Islam
  • Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-Diploma
  • Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.

Dokumen Sokongan

Berikut dokumen yang WAJIB disertakan oleh pelajar sebagai dokumen yang perlu disertakan ketika mengisi borang permohonan :

  • Salinan kad matrik pelajar
  • Pengesahan pendapatan / Slip Gaji
  • Slip pengesahan akaun
  • Surat perakuan doktor (jika perlu)
  • Sijil kematian (jika perlu)

Cara Permohonan Zakat Pelajar UiTM 2022/2023

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi ;

Semakan Status Permohonan

Semakan boleh dibuat menerusi portal pelajar UiTM. Hanya pelajar yang menerima status DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA perlu hadir ke sesi temuduga untuk proses seterusnya.

Kaedah Temuduga

Kaedah temuduga adalah tertakluk kepada fakulti masing-masing (atas talian atau secara fizikal)

  • Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga di dalam sistem E-zakat setelah status permohonan pelejar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA.Temuduga hanya dijalankan pada hari ISNIN,SELASA,RABU dan KHAMIS sahaja pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum) tertakluk kepada fakulti masing-masing
  • Pelajar hendaklah menghubungi Panel Penemuduga Fakulti yang telah dilantik oleh Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam (Rujuk Maklumat PAnel Penemuduga di dalam Jadual Panel di sistem E-Zakat UiTM) bagi urusan temuduga
  • Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA DAN BERJAYA TEMUDUGA akan ditemuduga secara panggilan telefon atau atas talian (Online) atau secara fizikal tertakluk kepada fakulti masing-masing
  • Kegagalan pelajar untuk menghubungi Panel Penemuduga Fakulti pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan zakat pelajar UiTM 2022/2023 anda boleh layari websitie https://zawaf.uitm.edu.my/ atau menghubungi ;

BAHAGIAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF (ZAWAF) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Aras Bawah, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam, Malaysia

Telefon : 03-5544 3115

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!