Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir & Jordan)

Pelajar dan pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah sama ada Mesir dan Jordan, permohonan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2021/2022 telah dibuka.

Untuk makluman, Jabatan Pendidikan Tinggi Kemeneterian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dibuka kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat.

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi KPT juga memaklumkan bahawa mereka tidak melantik mana-mana ejen dalam sebarang urusan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan dalam talian mula dibuka pada 2 Jun 2021 iaitu hari Rabu mulai jam 10.30 pagi dan akan ditutup 7 hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.

Bidang Pengajian Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir adalah seperti berikut:

  • Bidang Pengajian Islam
  • Bidang Pengajian Qiraat
  • Bidang Pergigian & Farmasi 
  • Bidang Ulum Islamiah

Untuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Jordan, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bidang Perubatan & Pergigian
  • Bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab

Syarat Permohonan Ke Mesir

Bagi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

Pergigian & Farmasi

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam lapan 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM; dan
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

Pengajian Islam

  1. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan; dan
  2. Menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Pengajian Qiraat

  1. Mempunyai Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan dan lulus:
    – Tapisan Keselamatan (Muafaqah Amniyah)
    – Ikhtibar Lugahwi

Ulum Islamiah

  1. Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran Sunah, dengan syarat umur pelajar tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan. Selain itu, keputusan SPM juga haruslah tidak memiliki mana-mana subjek gagal atau tidak hadir; dan
  2. Menduduki Imtihan Qabul (IQ).

Syarat Permohonan Ke Jordan

Untuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

Perubatan & Pergigian

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.

Pengajian Islam/Bahasa Arab

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) di peringkat SPM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Layari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dan buat permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Bagi pemohon yang mempunyai pertanyaan lajut, sila hubungi En Shahrul Fazli Bin Abu Hassan atau En Aliff Firdaus Bin Abdul Rahman di talian 03-8870 6217/6226.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!