Permohonan Johor ImmuPlan: Program Vaksinasi Awal Negeri Johor

Petugas ekonomi barisan hadapan di Negeri Johor yang masih belum menerima vaksin kini berpeluang untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara bebayar melalui Program Johor ImmuPlan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Johor ImmuPlan adalah pusat digital sehenti untuk pendaftaran, pengesahan dan pensijilan pemohon yang mana semua pemohon di bawah skim petugas ekonomi barisan hadapan akan menerima vaksinasi sepenuhnya, tertumpu kepada mereka bekerja di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan.

Objektif utama pelaksanaan Johor ImmuPlan adalah mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok negeri dengan meningkatkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja industri, melindungi rakyat Johor sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Program ini telah bermula sejak 29 Julai 2021 dan mereka yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan melalui laman web https://ef.immuplan.my/my.

Kriteria Pemohonan

Johor ImmuPlan dibuka kepada umum namun keutamaan akan diberikan kepada petugas ekonomi barisan hadapan.

Kriteria petugas ekonomi barisan hadapan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Malaysia.
  2. Masih berkerja ataupun mempunyai bukti pekerjaan terdahulu.
  3. Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat emel yang sah.
  4. Mempunyai tawaran pekerjaan yang sah.

Syarat Permohonan

Hanya 1 sahaja syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum meneruskan permohonan iaitu:

  1. Perlu mendaftar di MySejahtera dan mempunyai profil yang aktif.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ef.immuplan.my/my.
  2. Klik butang ‘Mula’ pada bahagian Mohon Sekarang.
  3. Baca kriteria dan syarat permohonan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isi maklumat pemohon dengan lengkap dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Isi maklumat majikana dan klik butang ‘Seterusnya.’
  6. Isi bahagian deklarasi.
  7. Permohonan selesai.
  8. Jika permohonan berjaya, pemohon akan dimaklumkan melalui email atau SMS.

Soalan Lazim

Saya warganegara Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap Singapura. Adakah saya layak untuk menerima vaksinasi melalui program ini?

Ya. Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan syarat anda sedang bekerja secara sah atau mempunyai sejarah kerja terdahulu di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan.

Saya seorang warganegara Malaysia yang juga merupakan pelajar di sebuah institusi pendidikan di Singapura. Adakah saya layak untuk menerima vaksinasi awal ini?

Buat masa ini, pelajar dan penjaga tidak termasuk dalam kategori sebagai petugas barisan hadapan ekonomi. Ketetapan mengenai ini adalah tertakluk kepada perubahan pada masa akan datang sesuai dengan perkembangan semasa.

Alamat saya yang berdaftar bukan di Johor. Adakah saya masih layak untuk program ini dan adakah saya dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri untuk menerima vaksin?

Ya anda masih layak dengan syarat anda merupakan warganegara Malaysia yang kini bekerja secara sah atau mempunyai sejarah kerja terdahulu di dalam sektor perindustrian, peruncitan, dan kerajaan. Buat masa ini, pusat-pusat vaksinasi terletak di Johor. Jika anda layak untuk vaksinasi ini, anda mungkin perlu memohon permit rentas negeri. Terdapat kemungkinan kerajaan akan mewujudkan pusat-pusat baru di negeri-negeri lain mengikut kesesuaian keadaan.

Adakah terdapat had masa untuk memohon program vaksinasi awal ini?

Walaupun perogram ini mengutamakan kumpulan tertentu untuk vaksinasi awal, ia akan beralih kepada kumpulan keutamaan seterusnya untuk memberi peluang kepada orang lain yang ingin divaksinasi. Ketetapan ini tertakluk kepada perubahan pada masa akan datang sesuai dengan perkembangan semasa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Johor ImmuPlan, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!