Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya

Selain surat rasmi, laporan adalah salah satu dokumen yang penting. Penulisan laporan lazimnya ditulis bagi melaporkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku.

Menurut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), laporan bermaksud sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan.

Penulisan laporan yang baik mestilah ditulis dengan tepat dan juga mudah dihafami berdasarkan pelaporannya.

Selain itu, laporan lazimnya ditulis oleh setiausaha sesebuah persatuan atau organisasi dan penulis laporan perlulah orang yang turut sama menyertai perkara atau peristiwa yang dilaporkan.

Jenis Laporan

Terdapat dua jenis penulisan laporan yang biasa ditulis bagi pelaporan sesuatu aktiviti atau peristiwa iaitu:

  1. Laporan format tertentu
  2. Laporan format karangan

Laporan berformat tertentu merujuk kepada setiap organisasi telah mempunyai format laporan tersendiri dan perlu diisi di dalam borang.

Laporan jenis ini adalah lebih ringkas dan tidak terlalu panjang.

Laporan format karangan pula adalah laporan yang kebiasaanya ditulis oleh setiausaha program

Format laporan jenis ini adalah lebih panjang dan menggambarkan keseluruhan aktiviti yang dijalankan.

Bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan PT3 atau SPM, format laporan ini adalah yang digunakan bagi menjawab soalan mengenai laporan.

Format Laporan

Bagi laporan format karangan, format laporan biasanya merangkumi perkara seperti berikut:

1. Tajuk Laporan       

Tajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti dan tempat aktviti terbabit.

Huruf pertama pada setiap awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar.

Tajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah kertas tersebut dan juga dihitamkan.

2. Isi laporan

Isi laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Selain itu, isi laporan perlu menyentuh kepada semua perkara yang berlaku di dalam aktiviti atau peristiwa yang telah berlaku terbabit.

3. Disediakan oleh dan Tandatangan

Di bawah perenggan terakhir, penulis perlu menulis perkataan Disediakan Oleh,.

Tandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha di bawah perkataan Disediakan Oleh tersebut.

Setiap tandatangan yang diturunkan adalah untuk mengesahkan laporan yang telah ditulis.

4. Nama dan Jawatan

Nama dan jawatan perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.

Nama perlulah ditulis dengan kesemua huruf ialah huruf besar dan diletakkan kurungan pada awal dan akhir nama.

5. Tarikh

Tarikh perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan Disediakan Oleh.

Contoh Laporan

Antara contoh-contoh penulisan laporan yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:

Contoh Laporan 1

Contoh Laporan 2

Pembelajaran Online

Untuk pembelajaran mengenai penulisan laporan secara online, sila layari https://semakanonline.com/delima-kpm/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!