Format & Contoh-Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Sudah pasti ramai di antara kita pernah melalui kes-kes kecemasan yang menyebabkan anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah.

Oleh itu, ibu bapa perlu menulis surat kepada pihak sekolah bagi memaklumkan ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.

Surat tidak hadir ke sekolah ini penting bagi memberikan makluman kepada guru sebab-sebab ketidakhadiran anak anda tersebut dan jumlah hari yang tidak hadir tersebut.

Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah

Antara sebab-sebab tidak hadir ke sekolah yang memerlukan ibu bapa menhantar surat ini adalah seperti:

  • Kematian keluarga
  • Menghidap penyakit
  • Pulang ke kampung
  • Menghadiri majlis

Format Surat

Surat tidak hadir ke sekolah mestilah menggunakan format Surat Rasmi.

Ini kerana surat ini adalah bertujuan rasmi dan dihantar kepada institusi pendidikan iaitu sekolah.

  1. Nama dan alamat pengirim

Nama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.

Lazimnya pengirim merupakan ibu bapa atau penjaga bagi mewakili anak mereka.

2. Nama, jawatan, dan alamat penerima

Nama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.

Untuk surat tidak hadri ke sekolah, nama penerima adalah sama ada guru besar, pengetua atau guru kelas.

Jawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima tersebut.

Alamat penerima ialah alamat sekolah tersebut beroperasi.

3. Tarikh surat ditulis

Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.

Tarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun dengan lengkap.

Bulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.

4. Panggilan Penerima

Panggilan penerima yang biasa digunakan bagi surat tidak hadir ke sekolah ialah Tuan atau Puan

Panggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.

5. Tajuk surat

Tajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.

Lazimnya, tajuk surat adalah menyatakan ketidakhadiran ke sekolah.

Tajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.

6. Isi Surat

Pada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada guru besar, pengetua, atau guru kelas tersebut.

Untuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis dengan menyatakan jumlah hari ketidakhadiran ke sekolah.

Perenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.

Bagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.

7. Tandatangan dan nama pengirim

Di akhir surat terbabit, pengirim iaitu ibu bapa/penjaga perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.

Di bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Berikut ialah contoh-contoh surat tidak hadri ke sekolah yang boleh dijadikan panduan.

  1. Surat disebabkan kematian keluarga

2. Surat disebabkan menghidap penyakit

3. Surat disebabkan pulang ke kampung

4. Surat disebabkan menghadiri majlis

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!