Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022/2023
Terkini Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022 boleh dibuat mulai 29 Julai 2022. Bagi calon yang telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semoga anda berjaya. Cara untuk semakan keputusan adalah seperti di bawah.
Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Cara Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi KPM 2022/2023
Berikut panduan cara untuk membuat semakan bagi keputusan Ambilan ke-2 kemasukan Kolej Matrikulasi ;
- Sila layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
- Tekan bahagian ‘Semakan.’
- Masukkan maklumat no Kad Pengenalan.
- Tekan butang ‘Semak.’
- Keputusan semakan permohonan akan dipaparkan.
- Atau anda boleh imbas QR Code seperti dalam gambar di atas
Tarikh Penting Program Matrikulasi 2022/2023
- Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima (16-23 Julai 2022)
- Pendaftaran ke kolej 24/25 Julai 2022
- Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (16-18 Julai 2022)
- Keputusan pertukaran (22 Julai 2022)
- Keputusan ambilan 2 (29 Julai 2022)
- Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022
Jurusan Ditawarkan Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan 4 jurusan bidang pengajian seperti berikut;
- Jurusan Sains:
– Sains Hayat
– Sains Fizikal
– Sains Komputer
- Jurusan Kejuruteraan:
– Kejuruteraan Asas
– Kejuruteraan Awam
– Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
– Kejuruteraan Mekanikal - Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Senarai Matrikulasi Seluruh Malaysia
Kepada calon yang berjaya untuk mengikuti Program Matrikulasi KPM 2022/2023, berikut merupakan lokasi Kolej Matrikulasi mengikut jurusan yang ditawarkan:
Kolej Matrikulasi | Aliran/Jurusan |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perlis | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Perak | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Melaka | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Labuan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Johor | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Pahang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kedah | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor | Kejuruteraan |
Kolej Matrikulasi Kelantan | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Sarawak | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kulim | Perakaunan, Sains |
Kolej MARA Kuala Nerang | Perakaunan, Sains |
Kolej Matrikulasi Selangor | Perakauanan Professional, Perakaunan, Sains |
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi
Sebarang pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan Ambilan Ke-2 Program Matrikulasi 2022/2023 anda boleh hubungi melalui emel kepada [email protected] atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks atau ;
- Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 4083
No.Faks: 03 – 8888 4028