Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini dibuka.

Mahasiswa dari Negeri Sembilan yang memenuhi kelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan.

BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022

Baca Juga : SULUNG | Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia 2022

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, tempoh permohonan bagi bantuan Permohonan BSH 2022 (Fasa 1) dibuka selama 2 MINGGU sahaja bermula 23 Februari 2022 sehingga 14 Mac 2022.

Pelajar yang berminat bolehlah kemukakan permohonan segera sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Syarat-Syarat & Kelayakan Bagi Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan 2022

  • Pemohon anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap  pemohon hendaklah di Negeri Sembilan sahaja.
  • Jika pemohon tidak lahir di negeri sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon hendaklah muat naik sijil tamat berhenti sekolah darjah 6 dan  tingkatan 5.
  • Masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam   (IPTA ) dan Politeknik sahaja.
  • Permohonan  BSH hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas ( tahun akhir tidak layak memohon).
  • Pemohon perlu mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
  • Ibu bapa pemohon di kategori kumpulan B40 terkini.
  • Muat turun borang  BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).

Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Cara Memohon

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan boleh lengkapkan borang serta semak terma dan syarat di pautan di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022

Pomohon juga diminta untuk isi borang yang disertakan di bawah :

BORANG PENGESAHAN ADUN / PENYELARAS ADUN BAGI BANTUAN (BSH) MAHASISWA ANAK NS BAGI TAHUN 2022

SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Yayasan Negeri Sembilan di pautan https://www.yns.gov.my/v7/ms/ .

Pemohon juga boleh hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi talian 06 762 8046 untuk sebarang pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!