Permohonan UPU Online 2023 / 2024 – Panduan & Syarat
Permohonan UPU Online 2023/2024 Fasa satu dibuka bermula 7 Febuari (jam 12:00 tengah hari) hingga 28 Mac 2023 (jam 05:00 petang). Ianya bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik , Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti untuk lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya.
Permohonan ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
Calon-calon yang ingin membuat permohonan disarankan untuk senaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi.
Pastikan juga bidang yang dipohon sesuai dengan kelulusan akademik.
Permohonan UPU Online 2023 /2024
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan bagi Sesi 2023/2024 dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA)
Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mengambil peluang mengisi permohonan ini
Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline / Unik ID
Berita baik, selaras dengan hasrat kerajaan yang berteraskan Malaysia MADANI, bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Penggajian Tinggi.
Dijangkakan lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini. KPT juga berharap semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang tersebut bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi
Ini bermakna, pemohon tidak perlu terus lakukan permohonan terus di portal rasmi UPU tanpa perlu membuat pembelian nombor pin.
Kategori Pemohon
Lepasan SPM
- Sijil /Asasi /Diploma / Ijazah Sarjana Muda UiTM di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam
- Kategori A :- SPM 2022 (Tahun semasa)
- Kategori B ;- SPM 2021 & 2020 (Bukan tahun semasa)
Lepasan STPM/Setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Di UA
- STPM 2022
- Matrikulasi /ASASI Sains UM,ASASIpintar UKM & Asasi UiTM 2022/2021
- STAM 2022 & 2021
- Diploma/ Setaraf
- KATEGORI E
- Kelayakan Diploma DKM/DLKM/DVM/Lain-lain Diploma
- (E1) – DKM/DLKM
- (E2) – DVM
- (E3) – Diploma IPTS/Luar Negara/ILKA/Lain-lain kelayakan
- KATEGORI F
- Kelayakan setaraf
- (F1) – A-Level
- (F2) – IB
- (F3)- Sekolah Sukan
- (F4) – STPM (Bukan tahun semasa)
- (F5) – Matrikulasi KPM / ASASI (Bukan tahun semasa)
- (F6) – STAM (Bukan tahun semasa)
- (F7) – AUSMAT/SAM/CPU
- (F8) – Foundation IPTS
- KATEGORI G
- Diploma UA/Politeknik
- (G1) – Diploma UA
- (G2) – Diploma Politeknik
- KATEGORI E
Bila sudah jelas dengan kategori masing-masing, calon boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum kemukakan permohonan.
Syarat Permohonan UPU Online 2023/2024
Syarat AM SPM
- Warganegara Malaysia yang mempunyai No.Kad Pengenalan/My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan
Kelayakan SPM untuk Kemasukan ke Universiti Awam (UA)
ASASI
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya ;
- LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah
DIPLOMA
- TIGA (3) kepujin termasuk Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah
Kelayakan SPM untuk Kemasukan ke Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA
DIPLOMA
Pemohon mestilah memilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya;
- TIGA (3) kepujian
- Lulus Bahasa Melayu & Sejarah
SIJIL
Pemohon mestilah ;
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh membaca, menulis dan mengira
Syarat AM STPM/Setaraf
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap (PR) dan Pemastautin Sementara yang mempunyai kad pengenalan
- Pelajar bukan warganegara Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKas) akan diproses tertakluk pada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara
Laluan Khas Melibatkan 4 Kumpulan Sasar & Padanan Data
Bagi pemohonan kategori berikut, pemohon mendapat kelebihan dan akan mendapat laluan khas bagi kemasukan Universiti Awam (UA), Politeknik , Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti
B40
- eKasih (unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri
- Bantuan Sara Hidup (BSH) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pendapatan isi rumah RM4850.00 & ke bawah (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020)
Orang Asli
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
OKU
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ATLET
- Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM
- Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD), KPT
- Penyertaan sukan sekurang-kurangnya peringkat negeri
Panduan Memilih Program Pengajian
Untuk memudahkan anda membuat pilihan program pengajian, anda boleh pertimbangkan panduan berikut ;
- Melepasai syarat am & syarat khas program insitusi/agensi
- Program yang minat
- Pemilihan program mengikut keutamaan
- Rujuk kaunselor
- Pelbagai pilihan bidang & insitusi/agensi
Panduan Permohonan UPU Online 2023/2024
- Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
- Pastikan kategori anda
- Semak syarat dan kelayakan di e-panduan UPUOnline
- Kira merit
- Semak tren permohonan dan penawaran
- Semak laluan kerjaya
- Isi permohonan UPUOnline
- Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (‘) dengan lengkap
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan
- Lengkapkan boran permohonan
- Klik butang “SIMPAN”
- Cetak slip permohonan
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah di buat
- Semakan & kemaskini permohoan adalah tnapa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR
Tarik-Tarikh Penting Permohonan UPU Online 2023/2024
Bagi pemohon lepasan SPM dan STPM/Setaraf berikut di kongsikan tarikh-tarikh penting bagi sesi kemasukan akademik 2023/2024 ;
Sistem Aplikasi Borang Permohonan UPU Online 2023 /2024
Permohonan perlulah dilakukan melalui atas talian / online melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPUOnline seperti pautan di bawah :
Daftar Akaun Baru UPUOnline Melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPUOnline
Bagi permohonan kali pertama / baru, anda perlu mendaftar akaun sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Pemohon juga perlu gunakan nombor unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem.
Calon boleh rujuk pada manual pengguna seperti di bawah :
Semakan Keputusan
Hebahan semakan Keputusan UPUOnline akan di maklumkan kelak. Untuk semakan anda boleh lihat pautan Semakan Keputusan UPUOnline
Rayuan UPUOnline
- Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan
- Permohonan rayuan hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusan
kemasukan diumumkan - Pemohonan dibebarkan mengemukakan empat pilihan sahaja
- Rayuan ke KK & ILKA adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline
Hanya rayuan ke UA & Politeknik sahaja melalui UPUOnline - Sekiranya tidak berjaya melalui UPUOnline semasa rayuan, pemohon boleh mengemukakan rayuan melalui ambilan sendiri Insitusi /Agensi berdasarkan iklan yang dikeluarkan. Boleh rujuk laman web institusi /agensi sendiri atau portal rasmi UPUOnline
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Permohonan UPU Online 2023 / 2024, anda boleh hubungi ;
Nombor telefon : – 03-88708200
Waktu operasi
Isnin – Jumaat
8:00pagi – 5:00petang
Waktu rehat
Isnin – Khamis
1:00petang – 2:00petang
Jumaat
12:15tengah hari – 2:45petang
- Facebook : https://www.facebook.com/UPUonlineBKPAJPT
- Website : https://upu.mohe.gov.my/
Soalan Lazim F.A.Q
Kenapa permohonan saya GAGAL?
Antara sebabnya ;
- Tidak tekan butang simpan
- Tidak memenuhi syarat khas program pengajian
- Tiada kekosongan tempat, terutama program kompetitif
- GAGAL dalam saringan temuduga/ujian
- Kedudukan merit RENDAH