Karangan Jenis Wawancara : Format dan Contoh Panduan
Salah satu soalan di dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Bahagian C yang lazim ditanya di dalam kategori karangan berformat adalah soalan berbentuk karangan jenis wawancara.
Untuk makluman, wawancara merupakan perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati, atau temu bual yang bertujuan ingin mengetahui sesuatu maklumat atau perkara.
Karangan wawancara mempunyai dua watak iaitu penemu bual dan orang yang ditemu bual.
Penemu bual ialah orang yang bertanyakan soalan di dalam wawancara ini manakala orang yang ditemu bual ialah orang yang menjawab soalan daripada penemu bual.
Karangan Jenis Wawancara
Terdapat beberapa jenis wawancara yang anda perlu tahu secara umumnya iaitu :
- Wawancara Berstuktur
- Jenis temu bual ini, ialah temu bual berstruktur atau berpandu, di mana semua soalan yang ingin anda tanyakan telah disediakan secara terperinci dan lengkap.
- Wawancara tidak berstuktur
- Seperti namanya, wawancara tidak berstruktur adalah bertentangan dengan wawancara berstruktur, di mana soalan yang ditanya adalah terbuka. Jenis ini juga biasa dipanggil wawancara terbuka, kerana penemuduga boleh bertanya apa sahaja kepada sumber.
- Namun, apa yang perlu diberi perhatian ialah soalan-soalan ini masih relevan dengan keperluan data supaya wawancara masih boleh dikawal.
- Wawancara Bebas Berpandu
- Ini adalah wawancara yang terakhir, iaitu gabungan dua jenis wawancara sebelum ini, di mana penemuduga masih menyediakan soalan untuk ditanya
Tips Karangan Yang Baik
Untuk karangan jenis wawancara, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk penulisan yang baik iaitu:
- Pastikan murid memahami soalan yang diberikan dan wawancara tersebut berkenaan apa.
- Pastikan setiap soalan dan jawapan yang dikemukakan adalah bertepatan dengan tajuk yang diberikan.
- Mulakan wawancara dengan memberikan ucapan salam dan terima kasih atas kesudian untuk di wawancara.
- Pastikan setiap jawatan orang yang ditemu bual tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
Format Karangan Wawancara
Format karangan wawancara mempunyai format yang berlainan daripada karangan-karangan yang lain.
Namun, format karangan ini adalah lebih ringkas dan mudah seperti berikut:
i) Perenggan pertama
Dalam perenggan pertama, penulis perlu memberikan penerangan serba sedikit mengenai maklumat wawancara tersebut beserta tujuan wawancara tersebut dilakukan.
ii) Nama watak
Nama watak perlulah ditulis selari di sebelah kiri kertas.
Di samping itu, nama watak perlulah ditulis pendek dan sekurang-kurangnya 2 patah perkataan.
iii) Tanda titik bertindih
Tanda titik bertindih perlu diletakkan di sebelah nama watak sebelum memulakan dialog dan perlu selari
Contoh Karangan Wawancara
Antara contoh karangan jenis wawancara yang boleh dijadikan panduan murid-murid adalah seperti berikut:
i) Contoh Karangan Wawancara Pegawai Polis
Soalan: Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.
ii) Contoh karangan Wawancara Penulis Novel
Soalan: Anda ditugaskan untuk mewawancara seorang penulis novel tanah air. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Info Lanjut
Untuk info dan maklumat lanjut mengenai karangan jenis wawancara, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=KKpRk5Ve0gg.
Semoga ianya membantu untuk murid-murid membuat ulangkaji dan persediaan menghadapi peperiksaan