SPM | Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Bagi Sesi Kedua

SPM | Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Bagi Sesi Kedua ~ Umum mengetahui, sesi kedua Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 5 April hingga 19 Mei kelak. 

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 ini merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Sesi Kedua

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan SPM sesi kedua ini dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac.

Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh , masa , kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022.

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2021

 Jadual SPM 2021 Bagi Sesi Kedua

Anda boleh dapatkan maklumat berkaitan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini melalui:

  • Atau, melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan boleh dimuat turun mulai 1 April 2022.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Untuk info terkini berkaitan tarikh dan jadual peperiksaan, sila rujuk saluran berikut:

  • Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Twitter Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Laman Web: moe.gov.my
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!