Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Terkini Permohonan Biasiswa BKNS atau Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 kini di buka mulai 21 Jun 2022. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

Tawaran tajaan melanjutkan pelajaran ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda, Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang dan juga luar negara.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Julai 2022.

Baca juga : Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022

Bidang & Peringkat Pengajian Layak Mohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

biasiswa kerajaan negeri sabah 2022

Bidang & peringkat pengajian yang layak untuk memohon tawaran biasiswa BKNS ini ialah seperti berikut ;

1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Perikanan
  • Juru Ukur
  • Pertanian
  • Kejuruteraan
  • Sains Tulen
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Seni Bina (Architecture)
  • Maritim
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Hartanah
  • Ukur Bahan
  • Perakaunan

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Aktuari Sains
  • Pengurusan Hartanah
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Farmasi
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Perhutanan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Perikanan
  • Keusahawanan
  • Pertanian
  • Juru Ukur
  • Perubatan
  • Perindustrian
  • Perubatan Veterinar
  • Pelancongan dan Hospitaliti
  • Sains Alam Sekitar
  • Pendidikan
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Pengajian Islam
  • Seni Bina (Architecture)
  • Bahasa Inggeris
  • Seni Kreatif
  • Bahasa Cina
  • Ukur Bahan
  • Pengajian Islam
  • Undang-Undang
  • Pengurusan Ladang
  • Perlombongan & Geologi
  • Renewable Energy
  • Oil & Gas

3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

4. Pengajian ke Luar Negara

Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.

Syarat Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Syarat Umum

  • Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah

Syarat Umur & Akademik

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar

Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Umur  pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.  
  • Kelayakan Akademik  
    • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.  atau
    • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.   
    • Lulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.   
    • Lulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.   
    • Lulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. 3     Bahagian Biasiswa Negeri   Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri         

Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

  • Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun
  • Kelayakan akedemik ;
    • Lulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
    • Keutamaan diberikan kepada pelajar tajaan BKNS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana.   
    • Pelajar peringkat Sarjana hendaklah lepasan pengajian Sarjana Muda yang belum memperoleh pekerjaan dan mod pengajian adalah sepenuh masa.      

 Perubatan, Pergigian dan Farmasi   

  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/ Matrikulasi.        
  • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana

Cara Permohonan Biasiswa BKNS

  1. Permohonan hendaklah melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/ mulai 21 Jun 2022. 
  2. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.
  3. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.   
  4. Kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja. 
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Julai 2022. Permohonan selepas tarikh tersebut  TIDAK akan dipertimbangkan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan mengenai Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022, anda boleh hubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Bahagian Biasiswa Negeri
Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu
Jalan Sulaman,
Teeluk Likas
88400 Kota Kinabalu

No. telefon : 088-368600 , 088-368676

Website : https://jpan.sabah.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!