Semakan Keputusan UPUOnline & Rayuan Lepasan STPM/Setaraf 2022/2023
Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023
dibuat mulai 25 September 2022 (Ahad) jam 12.00 tengah hari hingga 4 Oktober 2022 (Khamis) jam 5.00 petang.
Hebahan ini telah dibuat oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Cara Buat Semakan Keputusan UPUOnline
Semakan boleh di buat melalui dua acara iaitu melalui ;
i) Laman Web
- Layari laman web berikut:
– https://jpt.utm.my
– https://jpt.uum.edu.my
– https://jpt.unimas.my
– https://jpt.ums.edu.my
– https://jpt.umt.edu.my - Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
- Keputusan permohonan dipaparkan
ii) Aplikasi Telefon Pintar
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei App Gallery
Setuju Terima Tawaran
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 September hingga 04 Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam (UA).
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Permohonan Rayuan UPUOnline
Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian boleh mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dalam tempoh 10 hari mulai 25 September 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 04 Oktober 2022, jam 5.00 petang.
Untuk makluman rayuan hanya boleh di isi untuk pemohon yang telah mengisi permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik, tetapi gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.
Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan UPUOnline dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, sila hubungi:
- https://www.facebook.com/UPUonlineBKPAJPT
- No Tel: 03-8870 8200
- Email: [email protected]