Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021: Takwim Cuti Sekolah & Cuti Umum Terkini

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021: Takwim Cuti Sekolah & Umum Terkini ~ Cuti akhir tahun merupakan antara cuti yang dinanti-nantikan oleh pelajar, ibubapa mahupun guru-guru. Macam-macam perancangan dilakukan untuk mengisi cuti tersebut dengan sebaiknya. 

Artikel kali ini akan berkongsi dengan anda takwim cuti sekolah akhir tahun yang terkini bagi memudahkan perancangan anda bersama anak-anak dan keluarga. 

Takwim Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021

Tarikh cuti persekolahan bermula mengikut negeri yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu; 

Kumpulan A: Semua sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B: Semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berikut merupakan perincian takwim persekolahan untuk tahun 2021 bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah Kumpulan A dan Kumpulan B.

A. Jadual Lengkap Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021 – Kumpulan A 

  • Cuti bermula pada: 10 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 

B. Jadual Lengkap Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2021 – Kumpulan B

  • Cuti bermula pada: 11 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 

Takwim Cuti Umum (Perayaan) Tahun 2021 KPM

Pihak sekolah juga perlu mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali (rujuk gambar): 

Cuti Akhir Tahun

Pelanjutan Sesi Persekolahan Tahun 2021

Seperti yang diumumkan pihak Kementerian Pelajaran, sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022

Manakala, bagi murid yang akan naik ke Tahun 1 untuk sesi 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022.

Pelanjutan sesi persekolahan ini diadakan untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar sepanjang sesi pembelajaran atas talian diadakan.

Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan secara atas talian sepanjang wabak COVID19 melanda negara.

Cuti Akhir Tahun

Diharapkan semua ibu-bapa cakna mengenai sebarang perubahan tarikh atau info-info terkini mengenai persekolahan anak masing-masing.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!