Syarat Vaksinasi Pelajar IPT Sempena Kemasukan Mac 2022

Syarat Vaksinasi Pelajar IPT Sempena Kemasukan Mac 2022 ~ Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah umumkan kemasukan pelajar institusi pendidikan (IPT) bermula Mac 2022.

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, KPT telah memastikan kemasukan pelajar ke kampus sama ada tempatan atau antarabangsa mulai Mac 2022.

Keputusan ini dibuat bagi memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian kepada pelajar.

Baca Juga : PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka

syarat vaksinasi pelajar IPT

Tarikh Kemasukan IPT

Untuk makluman, tarikh kemasukan semula ke IPT akan bermula pada Mac 2022.

Aspek Keselamatan & Kesihatan Jadi Keutamaan KPT

Ekoran wabak Covid-19 yang masih menular ketika ini, aspek keselamatan dan kesihatan pelajar adalah menjadi keutamaan KPT dalam proses kemasukan dan keberadaan pelajar di kampus.

Justeru itu, IPT diingatkan supaya menyediakan kapasiti secukupnya untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal. Pematuhan SOP  pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga perlu dipatuhi dengan ketat.

Bagi mencegah penularan wabak Covid-19, perlaksanaan PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian tertakluk kepada keputusan pengurusan IPT.

Pelajar yang pulang ke kampus juga diminta untuk terus amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa amalkan kebersihan diri.

Semua aktiviti sukan dan riadah di dalam kampus perlulah dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang telah digariskan oleh KKM.

Syarat Vaksinasi Pelajar IPT & SOP Mac 2022

Kemasukan pelajar IPT ke kampus masing-masing mulai Mac 2022 mestilah ikuti syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar ke kampus dengan 70% hingga 100% mengikut kapasiti IPT.
  • Semua pelajar dan staf yang belum lengkap vaksinasi dibenarkan memasuki kampus dengan mematuhi SOP seperti berikut :

Lakukan Ujian RT-PCR : 2 hari sebelum masuk kampus

Lakukan Ujian RTK-Ag : 1 minggu sekali

  • Semua pelajar antarabangsa yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk dengan tempoh kuarantin berikut :

Lengkap Vaksin : 7 hari

Lengkap vaksin + Dos Penggalak : 5 hari

syarat vaksinasi pelajar ipt

Maklumat Lanjut

Ibu bapa dan pelajar boleh hubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT di talian 03 8870 6777/ 6949/ 6623/ 6628.

Anda juga boleh hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing untuk keterangan lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!