Permohonan Kolej FELCRA Tawaran Yuran Pengajian Percuma

Berita baik , kepada mereka yang ingin membuat permohonan kemasukan Kolej FELCRA, kini boleh mohon tajaan khas untuk golongan B40.

FELCRA menawarkan tajaan yuran pengajian secara percuma untuk pelajar yang berkelayakan dan terpilih terhad kepada kouta yang telah ditetapkan.

Kolej FELCRA menawarkan kursus pengajian dalam bidang sijil, pra diploma dan diploma. Kolej FELCRA terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.

Penubuhan Kolej FELCRA juga adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan modal insan yang berguna kepada negara.

Kos Yang Ditawarkan Di Kolej FELCRA

Antara kos pengajian yang ditawarkan seperti ;

  • Diploma Pengurusan Pasca-Tuai
  • Diploma Teknologi Pertanian
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Diploma Pengurusan Amalan Halal
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pra Diploma Perdagangan UiTM
  • Diploma Pengurusan Ladang UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

Syarat Kemasukan Kolej FELCRA

Syarat Umum

i) Program Sijil

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

ii) Program Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Syarat Khusus

  • Diploma Pengurusan Pasca-Tuai – 3 Kredit SPM
  • Diploma Teknologi Pertanian – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pengurusan Perniagaan – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pengurusan Amalan Halal – 3 Kredit SPM
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak – 1 Kredit SPM
  • Pra Diploma Perdagangan UiTM – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pengurusan Ladang UiTM – 3 Kredit SPM
  • Diploma Pengajian Perniagaan UiTM – 3 Kredit SPM

Kelebihan Kolej FELCRA

  • IPT milik penuh FELCRA Berhad Yang Bernaung Dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
  • Mendapat Pengiktirafan MQA/KPT
  • Yuran Pengajian Percuma Bernilai Sehingga RM19,000 ( B40 ) bagi Program. Usahasama UiTM.
  • Yuran Asrama Percuma Semester Satu dan Serendah RM60 Sebulan @ RM300 Per Semester Untuk Semester Dua dan Seterusnya Bagi Semua Program.

Asrama

Antara kemudahan yang terdapat di Kolej FelCRA ialah asrama lelaki dan perempuan siap sedia sebagai penempatan pelajar. Mempunyai 6 Blok Asrama untuk kemudahan & keselesaan para pelajar.

Cara Permohonan Kolej Felcra

  1. Permohonan boleh di buat dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.
  2. Baca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan
  3. Lengkapkan permohonan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai Permohonan Kolej FELCRA, anda boleh layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau hubungi talian berikut : Jabatan Pemasaran: 05-6551575

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!