Tawaran Penajaan JPA – Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2022 Peringkat Sarjana Dan Ph.D

Tawaran Penajaan JPA Program Pelajar Cemerlang 2022 peringkat Sarjana dan Ph.D telah dibuka bagi sesi 2022.

Pelawaan kepada pelajar-pelajar cemerlang tajaan JPA lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) dalam pelbagai bidang yang dikenal pasti oleh JPA

Pengenalan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/ Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Tarikh permohonan

Permohonan bagi Tawaran Penajaan JPA ini dibuka bermula 14 Februari 2022 – 20 Februari 2022

Syarat Permohonan

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
  • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana;
  • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
  • Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan    yang berkuat kuasa.
  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/ tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
  • Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;
  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada  31 Disember 2022; dan
  • Mempunyai baki tempoh  pengajian  sekurang-kurangnya  9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

Syarat Khusus

Kelayakan minimum akademik mengikut peringkat permohonan adalah seperti berikut:

Ijazah Sarjana/ Fast Track Ph.D

  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atau
  • Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:
  UNITED KINGDOM  AUSTRALIA / NEW ZEALAND  JEPUN
70% & ke atas85% & ke atas85% A+B (50%A)*
* 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

Ijazah Kedoktoran (Ph.D)

  • Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atau
  • Lulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam negara atau luar negara; atau
  • Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:
UNITED KINGDOMAUSTRALIA / NEW ZEALAND  JEPUN
70% & ke atas85% & ke atas85% A+B (50%A)*
* 85% A+B – Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.

Tempat Pengajian Progmram Pelajar Cemerlang

Penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government-Linked Universities (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)) atau di universiti-universiti di luar negara seperti di LAMPIRAN 1 sahaja

Bidang Pengajian

Penajaan ini akan memfokuskan dalam bidang pengajian meliputi bidang keutamaan negara dan strategik serta lain-lain bidang yang

ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 di bawah Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).

Pada tahun 2022, penajaan adalah berfokuskan bidang Sains & Teknologi selaras dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi (10-10 MySTIE) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta bidang Sains Sosial yang dikenal pasti iaitu Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa, Kewangan/ Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi dan Psikologi. Maklumat lanjut adalah seperti di LAMPIRAN 2.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

  • Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in legal Practice (CLP); dan
  • Pengajian berstruktur seperti Industrial Ph.D, Doctorate in Business Administration (DBA), Doctor of Management (DMgt) dan Jointly Awarded Ph.D/ Dual Ph.D Program juga tidak ditaja

Bayaran Balik

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 14 Februari 2022

(Isnin) jam 4.30 petang hingga 20 Februari 2022 (Ahad) jam 11.59 malam. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau emelkan kepada [email protected] (talian dan emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sesi soal jawab melalui aplikasi zoom juga akan diadakan secara live pada 18 Februari 2022 (Jumaat) dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi melalui pautan https://zoom.us/j/94324472712

Maklumat lanjut

Permohonan secara dalam talian, syarat & maklumat lanjut mengenai Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022 Tajaan JPA di:
http://esilav2.jpa.gov.my

Saluran pertanyaan:
i) Talian Call Centre : 03- 8885 3297

ii) Emel : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!