Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan, RM150 one-off

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan, RM150 one-off ~ Dalam Bajet 2022, pelbagai inisiatif untuk sektor pendidikan telah dibentangkan. Sebanyak RM52.6 billion peruntukan telah disediakan termasuk lah RM450 juta bagi bantuan awal persekolahan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebenarnya telah mula diperkenalkan sejak tahun 2012 yang lalu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal sesi persekolahan.

Bantuan ini masih lagi diteruskan dibawah Bajet 2022, dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3 juta pelajar sekolah. Murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu, Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah layak menerima.

Bantuan Awal Persekolahan

Jumlah bantuan: RM150 one-off untuk setiap pelajar

Syarat Kelayakan

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan ini akan diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Penerima (Murid) mestilah seorang warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara Memohon

Ibubapa tidak perlu risau. Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Sekiranya terdapat kekeliruan, sila ajukan pertanyaan anda kepada pihak sekolah*

Bantuan Awal Persekolahan

Selain Bantuan Awal Persekolahan, pihak kerajaan juga masih lagi meneruskan pemberian susu berkhasiat untuk murid-murid sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Terdapat lagi beberapa inisiatif lain untuk sektor pendidikan yang dibentangkan seperti insentif sebanyak RM100 akan diberikan kepada lebih 400,000 guru di bawah Insentif Khas Bahan Bantu Mengajar untuk membantu guru menyediakan bahan pengajaran.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!