PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka

Pakej PerantiSiswa: Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT | Tarikh Permohonan Dibuka ~ Tidak ketinggalan, para mahasiswa juga dapat perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, salah satunya melalui Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia. 

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Pakej bantuan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan bahawa pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan bermula pada suku kedua tahun 2022.

Pemberian alat peranti ini akan di kendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

PerantiSiswa

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan ini membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Usaha sama Kerajaan dan penyedia perkhidmatan memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk Keluarga Malaysia, yang mana pelajar IPT adalah peneraju masa depan negara. 

Syarat Kelayakan Pakej PerantiSiswa

Penerima mestilah seorang pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 untuk melayakkan anda menikmati tawaran pakej ini.

Syarikat Telekomunikasi Terlibat

Berikut ialah antara senarai syarikat Telekomunikasi yang terlibat:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES)

Bilakah Anda Boleh Memohon/Mendaftar Pakej PerantiSiswa ?

  • Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 iaitu pada: April – Jun 2022

Cara Memohon Pakej PerantiSiswa ?

  • Cara-cara untuk memohon akan dikemaskini kelak**

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari: www.mcmc.gov.my

Semoga inisiatif ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan dimanfaatkan oleh golongan pelajar IPT yang berhak untuk membantu proses pembelajaran mereka dengan lebih baik. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!