Contoh Perjanjian Sewa Rumah Yang Mudah & Lengkap

Kepada pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah kepada orang lain, sudah pasti perjanjian sewa rumah adalah dokumen yang paling penting untuk disediakan sebelum penyewa menduduki rumah terbabit.

Ini bagi memastikan sewaan rumah tersebut mempunyai bukti perjanjiaan yang merangkumi hak tuan rumah dan hak sebagai penyewa serta hak-hak yang perlu dihormati dan dipersetujui bersama.

Selain itu, perjanjian ini juga dapat melindungi rumah tersebut daripada sebarang kerosakan dan juga kecacatan.

Oleh itu, adalah amat penting bagi perjanjian ini ditandatangani oleh tuan rumah dan penyewa bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini pada masa akan datang.

Maksud Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian sewa rumah adalah suatu kontrak yang dilakukan antara tuan rumah dan penyewa merangkumi peraturan, syarat, atau tanggugungjawab yang terkandung di dalam perjanjian terbabit yang perlu dipatuhi bersama.

Perlu diingatkan bahawa di Malaysia, terdapat undang-undang melibatkan sewaan rumah iaitu:

  • Akta Kontrak 1950: Melibatkan konflik perjanjian sewa rumah
  • Akta Bantuan Khas (Specific Relief Act) 1950: Larangan tuan rumah mengusir penyewa atau menghalang penyewa memasuki hartanah tanpa perintah mahkamah
  • Akta Distress 1951: Melibatkan masalah pengusiran
  • Undang-undang Sivil 1956: Meliputi pertikaian pembayaran
  • Common law/undang-undang kes: Undang-undang besar mengenai perselisihan berkaitan sewa

Undang-undang tersebut digubal adalah untuk melindungi hak-hak tuan rumah dan juga penyewa di Malaysia.

Format Perjanjian

Format atau butiran yang perlu ada di dalam sesebuah penjanjian sewa rumah yang akan ditandatangani adalah seperti berikut:

  1. Nama tuan rumah dan penyewa
  2. Alamat rumah untuk disewa
  3. Tarikh perjanjian
  4. Jumlah sewaan yang dipersetujui
  5. Tanggungjawab penyewa
  6. Tanggungjawab tuan rumah
  7. Persetujuan tuan rumah dan penyewa
  8. Tandatangan tuan rumah, penyewa, dan saksi

Selepas perjanjian ini ditandatangi, tuan rumah perlu memastikan duti setem diletakkan di dalam perjanjian tersebut bagi memastikan perjanjian tersebut rumah adalah sah.

Contoh Perjanjian

Contoh perjanjian yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti di bawah:

Bacaan Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyewaan rumah dari sudut undang-undang, sila layari pautan berikut https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apakah-akta-sewaan-kediaman-44185 untuk bacaan lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!