Mybayar Saman Cara Semak & Bayar Saman PDRM Secara Online
Ramai lagi tak tahu kemudahan Mybayar Saman iaitu kemudahan semakan dan pembayaran saman trafik PDRM secara online. Portal rasmi ini yang telah dibagunkan Jabatan Siasatan dan penguatkuasaan trafik PDRM untuk kemudahan pembayaran saman dalam talian. Mybayar Saman mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding kaedah bayaran sedia ada.
Insiatif oleh JPST ini, salah satu usaha menuju kearah ekosistim digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah demi memnuhi ekspetasi orang ramai
Melalui laman ini, semakan dan bayaran saman boleh dilakukan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Jika anda belum pernah menggunakan portal ini, berikut adalah cara langkah demi langkah bagaimana untuk membuat pembayarannya, dalam masa kurang dari 5 minit!
Cara Daftar Mybayar Saman
Untuk pengguna baharu, pertama kali, anda perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan aplikasi ini. Cara pendaftaran adalah seperti berikut ;
- Layari laman website https://mybayar.rmp.gov.my/
- Tekan butang daftar pengguna baharu
- Isi maklumat peribadi
- Isikan pengesahan otp
- Log masuk di aplikasi mybayar saman
Mybayar Saman Check
Untuk semakan jumlah saman terkini anda ;
- Tekan butang semakan sanab di menu utama
- Butiran saman dipaparkan.notifikasi saman dipaparkan jika terdapat saman baharu
Anda juga boleh dapatkan diskaun saman trafik pada masa-masa tertentu pihak PDRM melalukan promosi
Pembayaran
Untuk melakukan pembayaran saman, anda boleh ikut langkah-langkah berikut ;
- Tekan butang bayaran saman di menu utama
- Pilih saman yang hendak dibayar
- Pilih mod pembayaran
- Butiran transaksi pembayaran di paparkan
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti
Mybayar Saman App
Selain melalui portal website, anda juga boleh muat turun app Mybayar saman di playstore untuk pengguna android dan juga di Apps Store untuk pengguna iphone
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan juga komen mengenai portal Mybayar Saman, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/JSPTPDRM atau anda boleh hubungi melalui email [email protected]
Cawangan Pengurusan Saman,
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00AM – 4.30PM
Soalan Lazim F.A.Q
1.Siapa yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?
Individu: rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2.Apakah keperluan untuk mendaftar dan menggunakan portal MyBayar?
Individu yang memenuhi syarat mesti mempunyai rekod atau transaksi dalam Sistem MyBayar.
3.Bagaimana cara pengguna baru untuk mendaftar di portal MyBayar?
Pengguna baru boleh mengakses butang daftar dan akan terus ke halaman pendaftaran pengguna untuk mengisi semua butiran yang diperlukan.