Cuti Keputeraan Agong 2023 & Tarikh Cuti Umum di Malaysia

Cuti Keputeraan Agong 2023

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.

Raja-raja Melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Pada setiap tahun, rakyat Malaysia akan diberikan cuti Keputeraan Agong khas bagi meraikan keputeraan Yang Di-Pertuan Agong.

Lazimnya, perayaan ini akan diadakan di Istana Negara. Perutusan khas daripada Yang di-Pertuan Agong juga akan disiarkan melalui televisyen dan radio.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cuti khas ini.

Baca Juga : Pesta Menuai 2023 Sabah Cuti Umum Kaamatan

Tarikh Cuti Keputeraan Agong 2023

Tarikh cuti Keputeraan Agong 2023 jatuh pada 5 Jun 2023 iaitu pada hari Isnin.

Untuk makluman, cuti ini juga termasuk sebagai salah satu Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari tersebut.

Cuti Keputeraan Agong 2023
Sumber: https://www.facebook.com/MyGCCMalaysia

Menurut Akta Kerja 1955, terdapat 5 hari cuti umum wajib dan berbayar dalam satu tahun iaitu :

  1. Hari Pekerja (1 Mei)
  2. Hari Keputeraan Raja-Raja / Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  3. Hari Keputeraan YDP Agong (5 Jun)
  4. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  5. Hari Malaysia (16 September)

Di bawah Seksyen 8 Akta Cuti Kelepasan Am 1951, enam hari kelepasan am yang lain perlu ditetapkan oleh majikan pada setiap awal tahun.

Jika pekerja diarahkan untuk berkhidmat pada hari tersebut, maka majikan perlu membuat bayaran tambahan kepada mereka. (sila rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955).

Bagi cuti mengejut yang diumumkan oleh kerajaan pula, ia terletak di dalam Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951. Antara cuti mengejut yang pernah diberikan adalah sempena pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum atau selepas negara memenangi perlawanan bola sepak.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!