Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang

Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang | Cara Memohon ~ Berita baik buat peniaga pasar hari/pasar malam Pulau Pinang!

Untuk makluman anda pihak Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama EKUINAS telah mempelawa peniaga pasar hari atau pasar malam untuk memohon Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam.

Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang

Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam ini diwujudkan adalah sebagai tambahan modal pusingan kepada peniaga pasar hari dan pasar malam terutamanya ketika pasca COVID-19.

Selain itu, bantuan khas ini disalurkan untuk memastikan ekonomi tempatan mampu dirancakkan semula.

Pemohon yang memerlukan bantuan ini perlu membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan bermula 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022.

Bantuan Khas Peniaga Pasar Hari/Pasar Malam P. Pinang

Syarat Umum Bantuan

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.

Syarat Khas Kelayakan

  • Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
  • Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT.
  • Belum menerima bantuan Ekuinas 1 dan 2 sebelum ini.
  • Tergolong dalam asnaf adalah diutamakan.
  • Perniagaan atau berniaga sendiri merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
  • Suami berpendapatan rendah/kematian suami/suami dan isteri bergaji kecil untuk menambah pendapatan keluarga.
  • Terputus modal atas sebab munasabah seperti mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau anak/isteri yang tidak sihat.

Cara Membuat Permohonan

  • Sila dapatkan borang permohonan di kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda. Rujuk pautan berikut: https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/hubungi/hubungi-kami.
  • Kemudian, anda dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan tersebut.
  • Seterusnya, sila hantar borang permohonan yang lengkap ke kaunter Zakat Pulau Pinang kembali.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP di talian: 011-2872 4558.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!