Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM (Lelaki)

Individu (lelaki) yang berminat untuk menyertai Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonan baharu untuk pengambilan siri 65/22 telah dibuka.

Untuk makluman, TUDM ditubuhkan pada 2 Jun 1958 menerusi Ordinan Tentera Udara yang diluluskan oleh Parlimen dan pada ketika itu dikenali sebagai dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“ sebelum ditukar kepada TUDM setelah tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

TUDM mempunyai 4 peranan utama iaitu:

  1. Pengawalan ruang angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai di samping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. 
  2. Aplikasi kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. 
  3. Peningkatan kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.
  4. Ketahanan kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya.

Oleh itu, bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai TUDM sebagai Perajurit Muda, permohonan telah dibuka sehingga 31 Ogos 2021.

Syarat Asas Permohonan

Syarat asas permohonan perajurit muda TUDM yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2022.
  3. Untuk penglihatan, pemohon mestilah:
    – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    – Tidak rabun warna.
  4. Bgai pendengaran, pemohon mestilah mempunyai tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran.
  5. Pemohon memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan pemohon mestilah sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Selain itu, pemohon perajurit muda TUDM perlulah memenuhi syarat fizikal yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Tinggi: Ukuran tinggi minima ialah 1.62 m.
  2. Berat: Berat badan minima 47.5 kg.
  3. Indeks Jisim Badan (BMI): Indeks BMI mestilah di antara 18 hingga 25.

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon juga perlu melepasi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan iaitu:

  1. SPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,564.00).
  2. SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,564.00).
  3. SKM Tahap 2: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM1,630.01).
  4. SKM Tahap 3: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM1,696.02).
  5. Diploma Kejuruteraan: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM2,026.07).

Cara Memohon

Untuk memohon jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Permohon.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Pergi ke bahagian pemohon.
  7. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  8. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan yang berhampiran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian 013-6893814.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!