Penilaian Celik Digital : Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam (JPA)

Pada zaman teknologi ini, seseorang perlulah mempunyai kemahiran asas digital untuk memudahkan kegiatan seharian terutamanya dalam menyempurnakan tugas sepenuh masa. Tambahan pula, kebanyakan pekerjaan pada masa ini pasti tidak lari dari menggunakan komputer atau laptop untuk urusan tertentu.

Bagi membantu pentadbiran awam dalam mengenal pasti keperluan latihan dan pembangunan bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan penjawat awam, sistem penilaian celik digital telah diperkenalkan.

Program penilaian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) di bawah kluster kerajaan bagi merealisasikan aspirasi 100 peratus penjawat awam mencapai tahap celik digital menjelang tahun 2025.

Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dipertanggungjawabkan untuk menyajakan inisiatif ini dengan melaksanakan program melahirkan penjawat awam celik digital melalui latihan.

Bagi mencapai aspirasi ini, tahap kematangan celik digital penjawat awam terlebih dahulu perlu dinilai menerusi program penilaian celik digital secara atas talian.

Elemen yang diuji dalam penilaian tersebut merangkumi lima iaitu :

  1. Information and Data Literasi (Informasi dan Literasi Data)
  2. Communication and Collaboration (Komunikasi dan Kolaborasi)
  3. Digital Content Creation (Penghasilan Kandungan Digital)
  4. Safety (Keselamatan)
  5. Problem Soving (Penyelesaian Masalah)

Untuk makluman, semua penjawat awam Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB melaksanakan penilaian Celik Digital ini selewat-lewatnya sebelum 31 OGOS 2023.

Penilaian Celik Digital

Kaedah Perlaksanaan Penilaian Celik Digital

Kaedah perlaksanaan bagi penilaian ini akan dijalankan seperti berikut :

  • Tempoh perlaksanaan adalah dari Mac 2023 sehingga Jun 2024 melibatkan semua Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  • Penilaian dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem Penilaian Celik Digital. Maklumat pautan capaian kepada sistem akan dimaklumkan menjelang pelaksanaan setiap fasa. Setiap penjawat awam perlu mendaftarkan diri dalam sistem penilaian terlebih dahulu sebelum dapat mengikuti program penilaian tersebut.
  • Sijil keputusan penilaian akan dijana kepada setiap responden yang selesai dan lengkap menjawab semua soalan;
  • Penyelaras akan dilantik di peringkat Kementerian / Jabatan / agensi untuk memantau dan memastikan perlaksanaan program penilaian berjalan lancar.
  • Perlaksanaan penilaian dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu peringkat pertama melibatkan penjawat awam Persekutuan dan peringkat kedua melibatkan penjawat awam di Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Peringkat pertama akan dilaksanakan pada tahun 2023 manakala peringkat kedua pada tahun 2024 seperti di Lampiran B; dan
  • Pencapaian perlaksanaan dan hasil penilaian setiap Kementerian/ Jabatan/ Agensi akan dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa MyDIGITAL Kluster Kerajaan.

Anda boleh semak hebahan rasmi mengenai program ini seperti yang dilampirkan di bawah :

Cara Lakukan Penilaian Celik Digital

  • Penjawat awam boleh layari laman web https://www.celikdigital.gov.my/
  • Bagi yang pertama kali ingin mengambil penilaian ini, sila klik butang ‘Belum Mendaftar? Klik Sini’.
  • Bagi pengguna yang sudah mendaftar, isikan No. Mykad dan kata laluan.
  • Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan penilaian sehingga selesai. Penilaian melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara online dalam masa 2 jam.
  • Sekiranya terpaksa berhenti, tuan/puan boleh log in semula dan sambung menjawab soalan dengan baki masa yang ada.
Penilaian Celik Digital

Soalan Lazim

Apa itu Celik Digital?

Celik digital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari,
menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital
(Wikipedia).
Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk
menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan
seharian, pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital
Literacy).

Apakah puncakuasa Program Celik
Digital?

Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDigital) yang dilancar
pada 19 Februari 2021 oleh kerajaan untuk menetapkan hala
tuju ekonomi digital negara dan membina asas untuk
memacu inisiatif-inisiatif pendigitalan merangkumi kluster
kerajaan, kluster rakyat dan kluster perniagaan.

Apakah objektif program celik
digital?

Merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mencapai 100%
Penjawat Awam Celik Digital menjelang tahun 2025.

Bagaimana kaedah untuk
mencapai objektif program celik
digital?

Program Celik Digital mempunyai dua (2) peringkat:
i) Membuat penilaian tahap kematangan celik digital
penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celik
digital ( https://www.celikdigital.gov.my )
ii) Memastikan penjawat awam menghadiri kursus/latihan
yang diperlukan

Berapa kali perlu melaksanakan
penilaian?

Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui
platform celik digital hanya sekali. Cadangan kursus/latihan
yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.

Apakah bentuk penilaian celik
digital?

Penilaian melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara
atas talian/online dalam masa 2 jam. Sekiranya tuan/puan
terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat
dielakkan atau talian internet terputus, tuan/puan boleh log
in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan
baki masa yang ada.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.celikdigital.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!