e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Konstabel Polis YA1 (Lelaki)

Orang ramai (lelaki) yang berminat untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi jawatan Konstabel gred YA1, permohonan bagi jawatan awatan Konstabel Polis Gred YA1 akan dibuka melalui sistem e-Pengambilan PDRM.

Untuk makluman, skim perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 telah mula dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

Menerusi skim ini, anggota yang terlibat bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Antara tugas-tugas anggota tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Oleh itu, permohonan bagi jawatan ini dibuka kepada permohonan bermula 2 Ogos hingga 15 Ogos 2021 melalui sistem e-Pengambilan PDRM.

Kelayakan Gaji & Elaun

Kelayakan gaji minimum dan maksimum bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 adalah seperti berikut:

  • Gaji minimum: RM1,441.00
  • Gaji maksimum: RM4,152.00
  • Kadar gaji tahunan: RM105.00

Elaun dan kemudahan yang ditawarkan pula adalah seperti berikut:

  • Elaun Tetap Perumahan: RM300
  • Elaun Cola: RM100-RM350
  • Elaun Khidmat Awam: RM115
  • Elaun Khas PDRM: RM200
  • Elaun Seragam PRP/Konstabel: RM690
  • Elaun Kasut: RM300

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online.
  3. Untuk kelayakan Akademik:
    – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,441.00]; dan
    – 2 kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus 4 mata pelajaran lain atau;
    – Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,441.00]; dan
    – Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut:
    a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
    b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.
    c) Teknologi Kejuruteraan Awam.
    d) Perniagaan.
    e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi; atau
    f) Teknologi Kejuruteraan Marin; atau
    – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau [Gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,507.01].
    – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [gaji permulaan ialah pada gred YA1: RM 1,573.02].

Kelayakan Fizikal

Pemohon juga perlu memenuhi kelayakan fizikal yang ditetapkan iaitu:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg.
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm.
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Serah.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Klik pada menu bahagian ‘Permohonan Polis’ dan kemudiannya ‘Permohanan Baru.’
  6. Isi maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum.
  7. Untuk bahagian ‘Permohonan Jawatan,’ pilih jawatan yang ditawarkan.
  8. Klik butang ‘Simpan’ dan kemudiaan pilih pengakuan pemohon. 
  9. Klik butang ‘Hantar Borang’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengambilan jawatan ini atau mengenai sistem e-Pengambilan PDRM, sila hubungi Talian Helpdesk PDRM di talian: 03-2266 8348/8350/8351.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!