Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah

Pengambilan Pegawai Kadet ATM 2022 Untuk Lepasan Ijazah ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Pegawai Kadet Lepasan Ijazah Dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera (ATM) kini dibuka.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk jalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.

Baca Juga : Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (FASA 3)

Syarat Kelayakan Permohonan Pegawai Kadet ATM 2022

Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM.

Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.

Permohonan Pegawai Kadet ATM 2022

Cara Permohonan ATM 2022

Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php

Portal JMT adalah merupakan satu pencapaian inisiatif pendigitalan MINDEF kerana ini adalah permohonan, semakan dan tawaran pegawai ihktisas ATM secara atas talian yang pertama.

Selain itu, pemohon dapat menyemak status daripada awal permohonan sehinggalah kepada peringkat penawaran berbanding dengan sebelum ini, pemohon hanya dapat mengetahui keputusan permohonan hanya di peringkat akhir saringan permohonan sahaja.

Pegawai Kadet ATM 2022

Portal JMT memberikan perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan rakyat (Citizen-Centric) dengan menyediakan transaksi perkhidmatan yang lebih telus kepada rakyat dan mengaplikasikan persekitaran go-green serta eco-friendly.

Untuk memuat turun panduan permohonan, sila ke pautan berikut:

file:///C:/Users/User/Downloads/jom%20masuk%20tentera%20panduan%20pengguna%20pengambilan.pdf

ATAU muat turun melalui fail PDF di bawah:

Tarikh Permohonan

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR pada poster di atas.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 011-655 045 85

Laman web rasmi Jom Masuk Tentera: https://jmt.mod.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!