Panduan Cara Pengeluaran Hilang Upaya KWSP & Bantuan RM5000

Tak perlu tunggu pencen. Sebagai pekerja yang mempunyai simpanan KWSP,  ahli boleh membuat Pengeluaran Hilang Upaya KWSP dan mengeluarkan semua simpanan.

Ahli yang layak jugak akan menerima bantuan RM5000 daripada KWSP sekiranya menerima musibah yang menyebabkan ahli tidak boleh lagi bekerja di sebabkan sesuatu perkara buruk berlaku kepada dirinya yang menyebabkan beliau hilang upaya fizikal atau mental

Apa Itu Pengeluaran Hilang Upaya KWSP

bantuan hilang upaya kwsp rm5000

Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Tidak Bekerja
  • Di bawah umur 60 tahun
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
  • Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.

Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.

Jumlah Simpanan KWSP Boleh dikeluarkan

Ahli boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan di dalam KWSP

Bantuan Hilang Upaya (RM5,000)

Bagi ahli yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, bayaran Bantuan Hilang Upaya berjumlah RM5,000 akan diberikan mengikut budibicara KWSP.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan di atas alasan ketidakupayaan untuk bekerja
  • Belum mencapai usia 60 tahun
  • Mengemukakan permohonan pengeluaran di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan

·Tempoh perkhidmatan akhir sebelum ditamatkan perkhidmatan atau hilang pekerjaan hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan

Dokumen Yang Di Perlukan

  • Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
  • Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat. Borang sampel perubatan boleh dapatkan disini
  • Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
  • Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)

Maklumat Tambahan

  • Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
  • Untuk memudahkan urusan pembayaran, Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli. Anda boleh semak disini
  • Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel ke alamat ;

Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Cara Pembayaran Untuk Pengeluaran Hilang Upaya KWSP

Bayaran Dalam Negara

  • Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun anda
  • Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
  • Anda akan diberi Cek Jurubank. Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran Luar Negara

  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
  • Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan
  • Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

Baca juga : I-lindung KWSP : Coverage Dan Cara Permohonan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai soalan atau pertanyaan mengenai Pengeluaran Hilang Upaya KWSP, anda boleh layari website https://www.kwsp.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!