HRMIS 2.0 : Sistem Pengurusan Sumber Manusia Penjawat Awam

Penjawat awam pasti tidak asing lagi dengan sistem HRMIS. Ia merupakan sebuah aplikasi perdana Kerajaan Persekutuan khas untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awal seluruh Malaysia.

Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memindahkan fungsi-fungsi yang ada di dalam HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0.

Setelah pengujian serta migrasi selesai, para pengguna HRMIS diminta untuk menggunakan HRMIS 2.0 memandangkan HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya.

Tarikh sebenar bagi penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kelak.  

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sistem HRMIS 2.0.

Apa Itu HRMIS?

HRMIS merupakan sistem yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan.

Sistem HRMIS dibangunkan secara komprehensif sambil mengambil kira semua proses serta fungsi HR dari mula pelantikan sehingga ke penamatan perkhidmatan.

Segala rekod berkaitan penjawat awam sepanjang berkhidmat akan direkod dan disimpan secara digital dalam sistem ini.

Selain berfungsi sebagai pangkalan data secara berpusat, sistem HRMIS juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, Kerajaan Negeri atau di peringkat nasional.

Objektif HRMIS

Secara terperinci, penggunaan HRMIS adalah bagi :

  1. membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;
  2. mengautomasikan proses-proses operasi PSM;
  3. membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  4. memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal,
  5. penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  6. menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan
  7. menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Kepentingan Sistem HRMIS untuk Penjawat Awam

Penjawat awam boleh memanfaatkan sistem ini melalui kemudahan yang ditawarkan seperti berikut :

  • mengemas kini rekod peribadi
  • memohon dan menyemak cuti rehat
  • mengemukakan tuntutan
  • memantau prestasi kerja
  • memohon kursus yang bersesuaian
  • membuat penilaian kompetensi
  • memohon pertukaran
  • memohon kaunseling

Cara Login HRMIS 2.0

Untuk menggunakan sistem ini, semua penjawat awam akan diberikan ID pengguna daripada pentadbir HRMIS bagi jabatan masing-masing.

Untuk log masuk bagi kemaskini rekod peribadi, membuat semakan serta permohonan, sila ikuti panduan berikut :

  1. Pergi ke laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
  5. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.
  6. Log keluar setelah selesai.

Pertukaran Kata Laluan HRMIS

Mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS), anda perlu menukar kata laluan mengikut kriteria berikut :

  1. Sekurang-kurangnya 12 aksara
  2. Mengandungi huruf dan nombor
  3. Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
  4. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Dalam Sistem

Pengguna perlulah mematuhi syarat dan peraturan untuk muat naik gambar pegawai pada sistem HRMIS :

  1. Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
  2. Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb
  3. Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru
  4. Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
  5. Penampilan pegawai :
    1. Pegawai Lelaki
      1. Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
      1. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
    1. Pegawai Wanita
      1. Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
      1. Berpakaian seragam (uniform)

Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:

hrmis 2.0

Kemaskini & Semakan Data di HRMIS 2.0

Luangkan sedikit masa untuk buat semakan dan kemas kini data peribadi anda.

hrmis 2.0

Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah

1. Sokongan / Kelulusan Cuti
2. Perisytiharan Harta
3. Pengisian / Pengesahan SKT
4. Kemaskini / Pengesahan Maklumat Rekod Peribadi
5. Pengesahan dan Semakan Tuntutan Perjalanan

Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.

Rujuk poster Fungsi Semakan Data untuk panduan anda.

hrmis 2.0

Muat Turun Aplikasi MyHRMIS

Semua kemudahan dalam sistem ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi MyHRMIS.

Aplikasi MyHRMIS Mobile boleh di muat turun melalui :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan sistem ini, sila hubungi talian  03-8321 1400 atau e-melkan pertanyaan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di [email protected].

Untuk dapatkan informasi serta perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook rasmi  Change Management HRMIS JPA dan laman web https://www.eghrmis.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!