Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2022/2023
Sukacita dimaklumkan khas, tawaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022/2023 untuk ahli dan anak aggota koperasi yang melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS dan memerlukan bantuan kewangan telah dibuka.
Permohonan boleh di buat mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Oktober 2022.
Apa Itu Yayasan ANGKASA
Untuk makluman, Yayasan ANGKASA telah ditubuhkan pada 2 Disember 2010 yang berfungsi dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi, anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke IPT.
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA adalah pembiayaan tanpa faedah kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat:
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Doktor Falsafah
Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah. Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2022.
Kelebihan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Calon yang mendapat pencapaian kelas pertama layak untuk dipertimbangkan untuk Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa atau pengecualian bayaran balik 100% pembiayaan.
- Manakala bagi pencapaian kelas kedua hanya perlu membuat bayaran balik 40% dari jumlah pembiyaaan
- Tiada sebarang cas faedah tambahan untuk mereka yang berjaya menerima tawaran pembiayaan ini
- Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa
Sistem Kelas & Peratus Perubahan
Antara keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA ini ialah pelajar berpeluang menukar pembiayaan tersebut kepada biasiswa bergantung kepada peratus pencapaian kelas dan gred pengijazahan.
Sistem kelas dan perubahan yang digunakan dalam pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:
Sistem Kelas | Peratus Perubahan |
Pertama | 100% Biasiswa |
Kedua Atas | 60% Biasiswa |
Lain-Lain | 100% Pembiayaan |
Syarat Kelayakan Asas
Syarat kelayakan asas yang ditetapkan kepada para pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Merupakan anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA atau anak anggota koperasi.
- Pemohon telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
- Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
- Maksimum 4 tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja.
Syarat Kelayakan Umur
Untuk syarat kelayakan umur pula, pemohon yang akan meyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda perlulah menepati umur berikut:
- Anggota koperasi (Koperasi Tersebut berdaftar Ahli ANGKASA): Tidak Melebihi 40 tahun.
- Anak anggota koperasi: Tidak Melebihi 25 tahun.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan iaitu:
- i) Pengajian Ijazah Sarjana Muda
- Lulus Pra Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.00; atau
- Lulus STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B-) dalam mata pelajaran Pengajian AM dan 2 mata pelajaran yang lain; atau
- Lulus STAM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (5) kelulusan Jayyid-Jiddan dari mana-mana matapelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.
- ii) Pengajian Sarjana
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.00.
- iii) Pengajian Doktor Falsafah
- Lulus Ijazah Sarjana dengan mendapat sekurang -kurangnya PNGK/CGPA 3.00.
Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
Langkah 1 Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
Langkah 2 Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA
- Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
- Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2022. Pin permohonan adalah [XXXXX]
- *SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-72 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
- **Jika ada Masalah boleh whatsapp ke nombor 0378809358
Langkah 3 -Daftar Permohonan
- Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2022/2023 , pemohon boleh menghubungi :
Bahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar) Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 9358
Emel : [email protected]
Bahagian Kewangan & Pentadbiran Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 6358
Emel : [email protected]