Terkini Jawatan Kosong Guru Mara 2022 Pelbagai Bidang

Terkini Jawatan Kosong Sebagai Guru Mara 2022 telah di buka. Pengambilan sebagai Guru Mara di pelbagai bidang/subjek di perlukan. Bagi yang layak boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 24 April 2022. Permohonan secara online.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Jawatan Kosong Guru Mara 2022

Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan: DG41
Taraf Jawatan: Kontrak
Gaji Minimum Gaji Maksimum: RM2,188.00 : RM9,552.00

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Bidang /Subjek

jawatan kosong guru mara pelbagai subjek
  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Bimbingan & Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Geografi
  8. Logistik
  9. Matematik
  10. Media
  11. Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Prinsip Akaun / Perakaunan
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Sains Komputer
  • Seni Persembahan
  • Seni Reka Grafik

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  • Sihat fizikal dan mental;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.
  • Mendapatkan surat pengiktirafan sijil / diploma / ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    • https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau
    • https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon);
  • Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain;
  • Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  • Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.

Cara Memohon

  1. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan.
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web MARA di alamat https://www.mara.gov.my mulai 12 April 2022.
  3. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat- maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

4.  Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 April 2022 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam.

Kaedah Pelaksanaan

  1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja akan diproses;
  2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria yang ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang menepati bidang / subjek yang dipohon;
  • Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre);
  • Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;
  • Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong guru mara 2022, anda boleh emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!