Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah membuka permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).

Untuk makluman, antara fungsi SPANS adalah untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di IPTA/Universiti Awam.

Salah satu biasiswa pinjaman yang ditawarkan adalah BPKNS yang merupakan biasiswa pinjaman yang ditawarkan kepada anak Sarawak telah mendapat surat tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam.

Permohonan BPKNS ini dibuka kepada pemohon mulai 2 Ogos dan akan ditutup pada 15 Ogos 2021.

Jumlah Pembiayaan

Pemohon yang layak menerima BPKNS akan diberikan pembiayaan mengikut lokasi pengajian:

Lokasi PengajianJumlah Per Semester
Sarawak2500
Sabah2750
Semenanjung Malaysia2850

Syarat Permohonan

Pemohon yang berhasrat memohon BPKNS perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah peribumi Sarawak dan anak jati Sarawak
  2. Telah mendapat surat tawaran di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.
  3. Permohonan dibuka kepada semua kursus pengajian kecuali pendidikan dan perubatan.
  4. Permohonan tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan BPKNS melalui langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Melayari laman web berikut escholarship.sarawak.gov.my.
  2. Klik butang ‘Log Masuk Untuk Memohon.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang’ dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.
  4. Isi maklumat dan buat pengesahan telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang ‘Teruskan.’
  6. Masukkan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  8. Cetak borang permohonan setelah selesai membuat permohonan.
  9. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.
  2. Salinan Sijil Lahir pemohon.
  3. Salinan Surat Tawaran IPTA.
  4. Salinan sijil akademik terkini (SPM/keputusan semester terkini).
  5. Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).

Semua dokumen di atas wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS, sila hubungi pihak SPANS:

  • Catherina: 014-686 6089
  • Jesfer: 017-843 6031
  • Ali: 013-571 2425
  • Corina: 014-590 1677
  • Maltina: 014-588 0600
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!