Bantuan Zakat UniSZA 2022 Khas Pelajar UniSZA

Sukacita di maklumkan permohonan bagi bantuan Zakat Unisza 2022 telah dibuka kepada semua pelajar UniSZA yang sedang menjalani pengajian (AKTIF) di UniSZA.

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) sedang membuka permohonan Bantuan Zakat kepada pelajar UniSZA yang layak. |Tarikh permohonan boleh dibuat bermula 25 Ogos 2022 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 September 2022

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada 1981.

KUSZA dinaik taraf ke universiti dan menjadi Universiti Darul Iman (UDM). UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi menghormati jasa Duli Yang Maha Mulia dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.

Pada 29 November 2013, logo baru UniSZA telah diperkenalkan. UniSZA kini beroperasi di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut serta mengendalikan pejabat satelit di Putrajaya.

Tarikh Permohonan:

bantuan zakat unisza 2022_1

Permohonan dibuka mulai 25 Ogos 2022 (Rabu) sehingga 8 September 2022 (Khamis)

Bantuan Zakat kepada pelajar UniSZA

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan zakat UnisZA ini, pelajar-pelajar perlulah memenuhi syarat-syarat berikut ;

1. Beragama Islam

2. Pelajar Sepenuh Masa UniSZA

3. Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah

4. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi

Baca juga : Rumah Siswa : Portal Carian Rumah Sewa Untuk Pelajar IPT

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan ;

  1. Layari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu https://siswa.unisza.edu.my/login.php.
  2. Masukkan Username dan Kata Laluan.
  3. Klik ‘Bantuan Kebajikan Pelajar’ dan ‘Bantuan Zakat.’
  4. Kemudian klik ‘Permohonan.’
  5. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

PORTAL PELAJAR – BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR – BANTUAN ZAKAT – PERMOHONAN

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Unisza 2022  boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen Dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian : 09-668 8611 / 7811 / 7942 / 8401

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!