Biasiswa Endowment UiTM 2022: Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Biasiswa Endowment UiTM 2022: Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Berita baik buat para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di UiTM tanpa menggunakan PTPTN.
Biasiswa Endowment UiTM 2022
Biasiswa Endowment UiTM 2022 : Tahukah anda, UiTM ada menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang Malaysia dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan pasca siswazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan menawarkan Biasiswa Endowmen UiTM.
Semua pelajar UiTM yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon. Biasiswa ini bukan sahaja merangkumi yuran pengajian akademik tetapi juga elaun bulanan.
Tarikh Penting
Permohonan Biasiswa Endowmen UiTM telah dibuka pada 10 Jan 2022. Sila hantar permohanan anda sebelum tarikh tutup iaitu, 23 Jan 2022.
Tarikh keputusan : 21 Feb 2022
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan melalui aplikasi ENSURE.
Syarat-Syarat Kelayakan
Syarat Am:
- Terbuka kepada pelajar sepenuh masa (mod penyelidikan) sarjana muda dan pascasiswazah.
- Terbuka kepada siswazah dan pascasiswazah sepenuh masa (semua mod pengajian) untuk pelajar orang kurang upaya (OKU).
- Bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi (Kecuali zakat, dermasiswa, hadiah, bantuan kewangan orang kurang upaya (BKOKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau mana-mana jenis biasiswa sekali sahaja).
- Hendaklah mendapat pengecualian/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu bagi pengajian yang telah dijalankan sebelum memohon biasiswa ini.
- Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinikal UiTM dikecualikan).
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis.
- Belum disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia/antarabangsa).
- Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM.
Nilai Biasiswa
Ijazah Sarjana Muda | Ijazah Sarjana(Warganegara Tempatan) | Kedoktoran(Warganegara Tempatan) | Ijazah Sarjana(Antarabangsa) | Kedoktoran(Antarabangsa) |
Elaun tahunan RM 10,000.00 termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) | Elaun tahunan RM 24,000.00 termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) | Elaun tahunan RM 36,000.00 termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) | Elaun tahunan RM 30,000.00 termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) | Elaun tahunan RM 42,000.00 termasuk yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) |
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:
Atau, hubungi:
- Email : [email protected]
- Tel : +603-5543 5966
- Facebook: UiTM ENDOWMENT FUND