Jualan Rahmah : Senarai Lokasi Terkini Mengikut Negeri

Program Jualan Rahmah (PJR) adalah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan Parlimen semasa tempoh kempen dijalankan.

PJR bertujuan merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Selain diadakan di pasar raya, jualan ini turut diadakan secara bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi menerusi inisiatif Jualan Rahmah Bergerak.

Program Jualan Rahmah Bergerak pula dilaksanakan bagi memastikan barangan keperluan harian (dengan pengurangan harga 10-30%) terus sampai ke golongan sasar di lokasi pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasaraya/runcit dan jauh untuk mendapatkan keperluan harian. Ini sekaligus selari dengan matlamat kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Biasanya, pihak KPDN akan membuka khemah untuk mengadakan jualan ini berdekatan dengan kawasan kepadatan penduduk tinggi dan kawasan luar bandar.

Secara ringkasnya, kaedah jualan terbahagi kepada 3 model iaitu :

  1. Dalam Pasaraya (Inisiatif Premis itu sendiri dengan menggunakan jenama dan logo)
  2. Kawasan terbuka (Jualan diadakan di luar pasaraya atau tempat tumpuan orang ramai khususnya B40)
  3. Secara mobil/bergerak (Penggunaan lori atau trak bersesuaian untuk membawa barang keperluan ke kawasan pedalaman/terpencil)

Bagi negeri Selangor, inisiatif Jualan Rahmah lebih dikenali sebagai Jualan Ehsan Rahmah. Mulai 1 Ogos, jelajah jualan akan diadakan di 12 lokasi setiap hari kecuali hari Jumaat.

Senarai Lokasi Terkini Jualan Rahmah Setiap Negeri

Berikut dikongsikan senarai lokasi terkini bagi Jualan Rahmah untuk setiap negeri. Sila rujuk infografik seperti yang dilampirkan.

Melaka

Selangor (Jualan Ehsan Rahmah)

Jualan Rahmah

Negeri Sembilan

Jualan Rahmah
Jualan Rahmah

Kedah

Jualan Rahmah

Sabah

Jualan Rahmah
Jualan Rahmah

Johor

Jualan Rahmah

Kelantan

Jualan Rahmah
Jualan Rahmah
Jualan Rahmah

Sila ambil maklum bahawa lokasi serta tarikh bagi jualan ini akan dikemaskini oleh pihak KPDN bagi setiap negeri.

Sesetengah negeri akan kemaskini tarikh serta lokasi jualan secara mingguan atau bulanan.

Anda dinasihati supaya ikuti perkembangan terkini di laman media sosial KDPN negeri masing-masing dan merancang aktiviti pembelian dengan lebih baik.

Bergantung kepada negeri, ada yang mengadakan jualan lebih kerap dan ada juga yang lebih tumpukan jualan pada hujung minggu.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Jualan Rahmah bagi setiap negeri, sila ikuti laman KPDN bagi negeri masing-masing :

KPDN Melaka

KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KPDN Selangor atau Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

KPDN Perlis

KPDN Sarawak

KPDN Pahang

KPDN Perak

KPDN Terengganu

KPDN Sabah

KPDN Kelantan

KPDN Negeri Sembilan

KPDN Labuan

KPDN Kedah

KPDN Pulau Pinang

KPDN Johor

KPDN Wilayah Persekutuan Putrajaya

Baca Juga : Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN Seluruh Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!