BKSS 8.0 | Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0

BKSS 8.0 | Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0 ~ Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawak Ku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) bernilai RM285.47 juta tidak lama lagi. 

BKSS 8.0

BKSS 8.0 ini akan melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat merangkumi enam bulan pertama 2022 terutamanya isi rumah yang terjejas teruk akibat COVID19. 

Tambahan lagi, kerajaan Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 billion.

Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

Berikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 kelak.

1. Bantuan Kewangan Selama 6 Bulan

Kerajaan Gabungan Parti Sarawakakan menyediakan peruntukan sebanyak RM285.47 juta bagi mendanai bantuan kewangan selama enam bulan sepanjang tahun 2022 ini.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

BKSS 8.0 juga merangkumi bantuan diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta bagi memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

Selain itu, diskaun 50 peratus juga akan diberikan kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Selain itu, sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri juga akan dimansuhkan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut diberikan. 

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.

6.Lain-lain Bantuan

  • Housing Deposit Assistance Scheme; Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40.
  • Peruntukkan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
  • Bantuan Khas satu 1 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam dan RM500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.
bkss 8.0

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/

ATAU, sila rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 melalui pautan: https://srms.sarawak.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!