MyCRS 2023 : Insentif Kerusi Keselamatan Carseat Kanak-kanak

MyCRS 2023 : Cara Penebusan & Syarat Kelayakan

Progam subsidi kerusi keselamatan atau carseat (MyCRS) adalah program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40.

Berikut ini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai peruntukkan subsidi pembelian carseat bagi tahun 2023 dan cara menebusnya.

Apa itu MyCRS 2023?

MyCRS 2023

Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023 adalah sebuah program dengan ajuran dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Tujuan program subsidi MyCRS ini diadakan adalah untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Berdasarkan statistik, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak dengan 1,000 kematian sejak 2019 lagi.

Justeru itu, subsidi ini diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka membeli carseat bagi setiap ahli keluarga yang mempunyai anak kecil.

Hal ini kerana, carseat adalah alat yang penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak berada dalam keadaan yang baik semasa berada di dalam kenderaan.

Selain itu, ia juga berfungsi membantu melindungi kanak-kanak sekiranya berlaku apa-apa kemalangan jalan raya bagi mengurangkan risiko kecederaan yang dialami olehnya.

Syarat dan kelayakan pemohon

Berikut adalah antara kriteria kelayakan bagi pemohon subsidi carseat (CRS) tahun 2023:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Pemohon insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
  • Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  • Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.
  • Permohonan kerusi keselamatan mycarseat bagi pemohon terhadap anak angkat mestilah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Cara menyemak kelayakan MyCRS 2023

Pemohon boleh membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima insentif MYCRS 2023 ini. Semakan tersebut boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

MyCRS 2023
  1. Layari laman rasmi MYCRS di pautan berikut: http://www.mycrs.gov.my/
  2. Klik pada butang “Semakan MYCRS “.
  3. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  4. Akhir sekali, klik pada butang “Semak” untuk mengetahui keputusan sama ada permohonan MyCRS pemohon lulus atau tidak.

Cara penebusan MyCRS 2023

Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.

Anda boleh semak senarai penjual di pautan ini yang berdaftar di bawah laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Bagi individu yang belum pernah memohon, anda boleh membuat permohonan baru di bawah laman sesawang MyCRS bermula bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Semakan kelayakan bagi permohonan baharu adalah selepas 2 minggu dari tarikh mendaftar

Untuk membuat penebusan, sila sertakan bersama dokumen berikut:

  1. Salinan MyKad pemohon; DAN
  2. MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
  3. Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Nota : Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dilakukan.

Pembelian boleh dibuat sehingga 30 September 2023 atau sehingga RM 12 juta habis dituntut.

Nilai insentif MyCRS yang boleh dituntut

Nilai insentif yang boleh dituntut oleh pemohon adalah sebanyak RM150 sahaja. Dalam kata lain, jika anda membeli carseat yang berharga RM150 dan ke bawah, ianya adalah percuma.

Sebaliknya, jika anda membeli carseat yang berharga RM 150 ke atas, anda perlu membayar tambahan harga tersebut menggunakan duit sendiri.

Contoh SituasiHarga carseatJumlah insentif yang boleh dituntutJumlah yang perlu dibayar
Carseat XRM 90RM 90
Carseat YRM 150RM 150
Carseat ZRM 300RM 150RM 150

Maklumat lanjut

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai subsidi ini, sila rujuk Soalan Lazim serta garis panduan bagi pemilihan carseat.

Garis Panduan Pemilihan Carseat

Berikut ialah Garis Panduan Car Seat yang ditetapkan oleh MIROS:

Kesimpulannya, kepada ibu bapa di luar sana jangan lepaskan peluang yang diberikan kerajaan ini untuk anda dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak bagi anak-anak anda di rumah.

Gunakan insentif sebanyak RM150 yang diberikan ini sebaik mungkin demi keselamatan anak-anak anda.

Anda juga boleh baca panduan kami yang lain berkenaan bantuan inisiatif kerajaan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai MyCRS 2023 dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!