MyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan

MyLesen GDL 2.0 : Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan ~ Program ni adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030. 

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.

MyLesen GDL 2.0

Program ini menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19. Untuk makluman, program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Kuota adalah sebanyak 700 peserta sahaja. Pendaftaran terhad kepada permohonan yang terawal.

Di bawah Program MyLesen GDL 2.0 ini, subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi ditawarkan bagi sesiapa yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Kementerian Pengangkutan telah meluluskan dengan peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan program ini di bawah peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) pada tahun ini. Program ini akan memberi manfaat secara holistik kepada industri sekaligus membantu golongan rentan yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

Program ini terbuka kepada semua syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan yang memerlukan pengisian jawatan kosong bagi pemandu dari semua jenis kenderaan perdagangan. 

Berikut ialah maklumat penting mengenai program ini:

  • Terbuka kepada individu yang sedang cari kerja khususnya kepada individu yang terjejas akibat COVID19.
  • Terbuka kepada syarikat-syarikat logistik atau pengangkutan yang memerlukan pekerja (pemandu kenderaan perdagangan/pemandu lori).
  • Penempatan pekerjaan adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan dalam industri.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada : 31 Disember 2021

MyLesen GDL 2.0

Syarat-Syarat Kelayakan

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan bagi pemohon (individu & syarikat logistik) seperti berikut:

  1. Syarat Bagi Calon/Peserta;-
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki lesen memandu kelas D atau E (CDL)
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Tiada dalam senarai hitam mahkamah, PDRM, JPJ
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Calon yang berminat boleh mengisi borang di pautan : https://lnkd.in/gw-82KA4

  1. Syarat Bagi Syarikat Logistik/Pengangkutan;-
  •  Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Manakala bagi syarikat yang berminat perlu mengisi borang di pautan: https://lnkd.in/gZquy8Te

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dikemukakan ke alamat e-mel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!