mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40
Skim mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan kepada undividu yang layak.
Inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai skim ini dengan lebih lanjut.
Baca Juga : STR Bujang – Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah
Pengenalan mySalam
Inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan PERCUMA oleh kerajaan ini meberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak.
Ia bertujuan membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Kelayakan
Kelayakan adalah automatik berdasarkan senarai penerima bantuan tunai khas kerajaan terkini seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Penerima yang layak bagi tahun 2023 akan dimaklumkan menerusi SMS.
Anda juga boleh semak kelayakan di pautan berikut :
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM
Jenis Tuntutan Inisiatif mySalam
Terdapat dua jenis tuntutan yang ditawarkan kepada penerima iaitu :
Tuntutan Penyakit Kritikal
Pembayaran tunai Rm 8,000 sekiranya penerima yang layak didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Tuntutan Hospitalisasi
Pembayaran tunai RM 50/hari bagi maksimum 14 hari sekiranya penerima yang layak dimasukkan ke hospital.
Elaun Hospitalisasi Harian Yang Tidak Akan Dibayar
- Elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital tidak akan dibayar disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:
- Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
- Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan
- Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
- Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan
Cara Memohon mySalam
Bagi melayakkan diri di bawah inisiatif mySalam, seseorang tidak perlu memohon kerana ia adalah automatik.
Sekiranya anda layak namun tidak mendapat sebarang SMS, sila emel ke [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk mySalam terdekat.
Wilayah Persekutuan
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Ampang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Institut Kanser Negara (IKN)
Selangor
- Hospital Selayang
- Hospital Kajang
- Hospital Serdang
- Hospital Sg. Buloh
- Hospital Kuala Kubu Bahru
- Hospital Banting
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Sabak Bernam
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
- Hospital Seri Manjung, Manjung
Pulau Pinang
- Hospital Umum Pulau Pinang
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
Kedah
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Kulim
Perlis
- Hospital Tuanku Fauziah
Kelantan
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
Terengganu
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
- Hospital Besut
Pahang
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Johor
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Sarawak
- Hospital Umum Kuching
- Hospital Sibu
- Hospital Bintulu
Sabah
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan’
Cara Membuat Tuntutan
Sila rujuk kepada tatacara berikut untuk permohonan tuntutan:
Tuntutan Penyakit Kritikal
1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan Hospitalisasi
Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg :
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan serta keterangan lanjut mengenai skim mySalam, sila emelkan ke [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk maklumat lanjut.
FAQ mySalam
Ya, dokumen berkaitan tuntutan, seperti laporan perubatan atau diagnostik serta nota kemasukan dan discaj perlu dihantar.
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my
Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Buat masa ini, manfaat di bawah Skim ini hanya merangkumi hospitalisasi di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Tentera yang disenaraikan di laman web mySalam.
Bagi diagnosis penyakit kritikal, jika penyakit kritikal didiagnos di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaan Malaysia, tetapi rawatan lanjut dibuat di hospital kerajaan atau hospital yang layak, ianya masih layak untuk manfaat penyakit kritikal dengan syarat borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ dilengkapkan oleh doktor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan.
Senarai Hospital boleh didapati di laman web mySalam di www.mysalam.com.my. Senarai hospital adalah tertakluk kepada perubahan dan senarai terkini boleh disemak di laman web.
Sebagai permulaan, Skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.
Ya, mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.
Perlindungan mySalam diberikan secara percuma.
Skim mySalam dan PeKa B40 adalah dua inisiatif kerajaan yang berbeza kelayakan dan manfaatnya. Anda mungkin layak menerima manfaat-manfaat daripada kedua-dua skim ini jika anda berumur di antara 40 hingga 65 tahun.
Anda boleh semak Soalan Lazim dan jawapan lengkap di pautan berikut :
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM