Kiosk Bantuan MySejahtera | Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Terkini

Kiosk Bantuan MySejahtera | Lokasi, Tarikh & Waktu Operasi Terkini ~ Tahukah anda, baru-baru ini satu pengumuman terkini berkaitan Kiosk Bantuan MySejahtera yang akan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) telah diumumkan.

Kiosk Bantuan MySejahtera

Kiosk Bantuan MySejahtera

Kiosk Bantuan MySejahtera ini adalah merupakan inisiatif KKM yang menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera KECUALI daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

Inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan ‘helpdesk’ atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.

KKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, kiosk bantuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan baik sehingga kehabisan angka giliran.

NOTA: 

  • Kes Kontak Rapat @ Positif Covid TIDAK DIBENARKAN Hadir; Sila ambil perhatian bagi individu yang mempunyai masalah notis HSO lambat dikeluarkan, untuk kes kontak rapat atau positif COVID-19, tidak dibenarkan hadir.
  • Lokasi ; World Trade Centre (WTC) KL, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
  • Waktu Operasi & Tarikh Pembukaan ; Setiap hari hingga 15 Mac 2022 (WTC KL), waktu operasi bermula 9 pagi. Untuk mengelakkan kesesakan dan pematuhan SOP, sebanyak 400 tiket akan dikeluarkan setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga habis.
  • Dokumen Yang Perlu Dibawa; Kepada pengunjung yang ingin datang, jangan lupa untuk bawa bersama dokumen seperti yang disenaraikan di infografik dibawah.
  • Kad vaksinasi fizikal
  • Kad pengenalan
  • Dokumen vaksinasi daripada luar negara
  • Passport
  • Surat Pengesahan tamat HSO
  • Dokumen pelancongan / perjalanan ke luar atau dari luar negara
  • Memo berkaitan saringan kesihatan daripada luar negara
  • Dokumen VTL (Udara & air)
Kiosk Bantuan MySejahtera
Kiosk Bantuan MySejahtera
Kiosk Bantuan MySejahtera

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui info lanjut berkaitan MySejahtera, sila rujuk ke bahagian HelpDesk MySejahtera.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!