Diskaun Kompaun Saman Polis Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Diskaun Kompaun Saman Polis Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021 ~ Sukacita dimaklumkan, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun saman sehingga 80%, anda masih ada masa lagi! 

Berikutan pelbagai aduan, mengenai masalah untuk mendaftar dan membayar saman melalui Portal MyBayar Saman, tempoh tawaran diskaun kini dilanjutkan lagi. 

Diskaun Kompaun Saman Polis, Potongan Sehingga 80%!

Pihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 bagi memberi kemudahan dan peluang kepada semua pengguna. 

Tawaran pengurangan dan diskaun kompaun saman polis sebenarnya ditawarkan hanya pada 9 hingga 12 Disember sahaja bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Namun begitu, dalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.

Diskaun Kompaun Saman

Satu kenyataan mengenai pelanjutan tempoh diskaun ini telah dimaklumkan melalui satu hantaran di media sosial Facebook (Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM).

Selain memaklum tempoh pelanjutan diskaun sehingga 31 Disember, hantaran tersebut juga turut menjelaskan kaedah yang boleh digunakan untuk membayar saman. 

Empat kaedah tersebut ialah:

  1. Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  1. Portal Dan Aplikasi Mudah Alih MyBayar Saman.
  1. Pejabat Pos Malaysia.
  1. ATM Maybank

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi atau media sosial Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!