Mizz Nina & Suami Essam [Biodata & Gambar Kahwin]

Kenali biodata Mizz Nina dan suaminya Essam Muhammad. Sekitar majlis resepsi perkhawinan di Malaysia

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia.

Beliau baru sahaja mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Malaysia dengan suaminya Maghribi-Amerika Essam Muhammad pada 4 September 2023, di Boathouse di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

Mizz Nina Kahwin Dengan Pendakwah Kacukan Magribi -Amerika

mizz nina kahwin

Mizz Nina, 43, memakai gaun putih dan tudung rekaan Ezzati Amira manakala Essam, 30, memakai jubah putih tradisional Magribi dan kopiah yang dipadankan dengan pakaiannya.

Pasangan itu selamat diijab kabulkan dalam satu majlis perkhawinan tertutup di Amerika Syarikat pada Jun 2023.

Ini perkahwinan kedua Mizz Nina. Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi rock Noh Salleh (Kumpulan Hujan) pada 2011, sebelum bercerai secara baik pada 2021. Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama, Musa.

mizz nina essam

Nina dan Essam bertemu pada 2015 melalui rakan bersama. Mereka berkongsi minat yang sama dalam Islam dan dakwah (propagasi Islam).

Dalam satu kenyataan, Mizz Nina berkata dia bersyukur ke hadrat Allah atas nikmat yang dikurniakan dalam hidupnya termasuk perkahwinan baharunya.

Katanya, dia dan Essam teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam hidup mereka bersama.

Biodata Mizz Nina

mizz nina malaysia
  • Nama : Shazrina Binti Azman
  • Gelaran : Mizz Nina
  • Tarikh Lahir : 1 Julai 1980
  • Umur : 43
  • Bangsa : Melayu
  • Tempat lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
  • Ibu : Tunku Arishah Tunku Maamor
  • Bapa : Tan Sri Azman Hashim
  • Pekerjaan : Penyanyi, pendakwah, aktivis kemanusiaan, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan, usahawan
  • Facebook : https://www.facebook.com/OfficialMizzNina/
  • Instagram : https://www.instagram.com/officialmizznina/

Mizz Nina telah bercerai secara baik dengan bekas suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Noh Salleh selepas 11 tahun hidup bersama.

Beliau sebelum ini merupakan seorang penyanyi yang cukup dikenali dan mempunyai banyak pencapaian di dalam dan luar negara.

Pada awal penglibatan kerjaya beliau dalam bidang industri muzik, Mizz Nina pernah bekerjasama dengan Altimet sebagai satu kumpulan hiphop yang dikenali sebagai kumpulan Teh Tarik Crew.

Kumpulan itu juga telah meraih dua pencalonan Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 untuk album sulung mereka, How’s The Level?.

Pada 2004, Mizz Nina mempunyai dua lagi pencalonan AIM, kali ini untuk album kedua Teh Tarik Crew, What’s Next?

Selepas kumpulan Teh Tarik Crew dibubarkan pada 2007. Mizz Nina meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Penghijrahan hidup Mizz Nina bermula selepas beliau balik daripada menunaikan haji pada tahun 2014. Beliau terus nekad bertudung dan berubah kepada gaya hidup islam yang sebenar.

Mizz Nina juga terus memutuskan untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan seperti sebelumnya, dan hanya menanyi untuk hadirin yang dihadiri kaum wanita sahaja.

Beliau juga pernah berlakon dalam filem Hantu Gangster. Selain itu juga beliau pernah keluar di saluran TV dalam program Beyond Translations (Astro Oasis),The Mizz Nina Show dan Into Jannah.

Nama beliau juga pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular (ABPH) pada 2013 dan 2014.

Beliau juga telah melancarkan aplikasi https://qalby.io/ iaitu aplikasi yang berteraskan gaya hidup islam

Biodata Essam Muhammad

essam muhammad
  • Nama: Essam Muhammad
  • Gelaran: Essam
  • Tarikh lahir : 25 Jun 1993
  • Umur : 30 tahun
  • Bangsa : Etnik Magribi kacukan Amerika
  • Tempat lahir : Seattle, Amerika Syarikat (AS)
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media Dan Komunikasi, University Of Washington Bothell
  • Kerjaya: Penyanyi Rap, Penulis Lirik, Pelakon, Aktivis kemasyrakatan, Pendakwah bebas
  • Facebook : https://www.facebook.com/essam.muhammad.52/
  • Intagram : https://www.instagram.com/masseone39
  • Youtube : @masseone39

Essam merupakan seorang artis muzik rapper yang mempunyai lirik yang mengandungi maksud-maksud yang mendalam dan berunsur dakwah. Beliau meminati muzik sejak kecil lagi.

Disebabkan minat beliau dalam bidang muzik yang mendalam, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media & Komunikasi, Universityof Washington Bothell.

Essam mula terlibat secara serius dalam menjadikan muzik sebagai kerjayanya selepas beliau berjaya melancarkan album pertmanya berjudul West My Home pada Mei 2016.

Beliau seterusnya semakin menaik dan telah berjaya mengeluarkan dua album iaiatu 12.12 pada 2018 dan juga Chapter20six pada 2020.

Apa yang menarik mengenai Essam Muhammad, kebanyakan hasil karya beliau adalah berdasarkan inspirasi daripada ibunya.

Selain aktif berkayar, Essam juga antara orang yang bertanggungjawab mengerakkan aktiviti komuniti di Seattle Selatan di mana tempatnya dibesarkan dengan membantu genarasi muda berkembang dengan berkongsi karya mereka melalui ruang yang disediakan oleh Essam

Essam juga menjalankan dakwah bagi komuniti Muslim di AS, Kanada, Sepanyol dan Belanda

Pertemuan Mizz Nina & Essam Muhammad

mizz nina husband

Siapa sangka pertemuan pertama kali 8 tahun yang lalu iaitu pada 2015 merupakan pertemuan yang akan menyatukan dua insan berlainan benua ini.

Mizz Nina sempat berkongsi cerita mengenai saat perkenalannya dengan suaminya Essam Muhammad seorang rapper berbangsa kacukan Magribi-Amerika Syarikat itu.

Mizz Nina berkata perkenalan mereka bermula selepas mereka bertegur sapa dan berbual ringkas di sebuah festival pada tahun 2015

Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya membaca puisi di atas pentas.

“Dia sapa ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.
“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.

Mereka memilih untuk memutuskan untuk menjalani hubungan dengan lebih serius, selepas mendapati mereka mempunyai misi dan niat yang sama untuk terus berdakwah dan berdedikasi dalam kehidupan ke arah dakwah, kongsi tujuan sama, aspirasi dan teruja untuk memulakan episod baru,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pasangan ini telah mendapat restu kedua orang tua mereka dan telah berkhawin pada Jun 2023 yang lalu di Amerika Syarikat yang mana majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kenalan rapat.

Tahniah diatas perkhawinan Mizz Nina dan suaminya Essam Muhammad, semoga berbahgia

Baca juga : Biodata Ubai MZ, Influencer Suami Shila Amzah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!