Sufian Suhaimi : Biodata, Perjalanan Karier, Latar Belakang Bakal Isteri

Sufian Suhaimi bukanlah suatu nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanah air. Lagu dendangannya seperti Di Matamu, Terasa dan Mencuba telah menjadi kegemaran ramai pencinta muzik tempatan.

Telah memutuskan tali pertunangan dengan pelakon popular Elfira Loy pada 2018, kini Sufian kembali menjadi topik perbualan hangat warganet apabila dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya.

Di sebalik gosip yang melanda penyanyi berusia 31 tahun ini, pasti ramai yang belum kenali siapa sebenarnya Sufian.

Oleh itu, ayuh kita ikuti biodata dan perjalanan karier Sufian dalam industri hiburan negara.

Sufian Suhaimi

Biodata Sufian Suhaimi, Latarbelakang Bakal Isteri

Nama Penuh : Sufian bin Haji Suhaimi

Nama Komersial : Sufian Suhaimi

 Tarikh Lahir : 3 Mei 1992

Umur : 31 tahun (2023)

Asal : Mersing, Johor

Pendidikan : Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Ijazah Sarja Jurusan Komunikasi Massa UiTM

Pekerjaan : Penyanyi, pelakon, penulis lagu

Instagram : @sufiansuhaimi_

Perjalanan Karier

Mula aktif sebagai penyanyi sejak 2016, Sufian sudah mula menunjukkan minat dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi. Beliau juga telah mula belajar bermain gitar ketika di sekolah menengah.

Ketika bergelar siswa Universiti Sultan Abdul Idris, Sufian juga pernah menganggotai sebuah band yang dinamakan De’Mahameru.

Pasti ramai yang tak tahu bahawa Sufian juga pernah bergelar guru Bahasa Inggeris dan Matematik SMK Mersing, Johor.

Sufian akhirnya berjaya debut apabila ditawarkan kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Aries Music Production pada Disember 2015.

Nama Sufian Suhaimi mula dikenali menerusi single berjudul Terakhir. Lagu hasil karyanya bersama Sirkhan dan Rinkharnaen itu juga membuatkan Sufian layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL) pada tahun 2017.

Sufian Suhaimi

Beliau turut popular dengan lagu-lagu lain seperti Terasa Ada, Harus Aku dan Di Matamu.

Sufian juga berbakat untuk mencipta lagu buat penyanyi lain antaranya ialah Segalanya nyanyian Haqiem Rusli.

Bakatnya juga menyerlah apabila tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Sensai Popular di Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2017.

Dari segi lakonan pula, Sufian pernah membintangi beberapa drama dan telefilem antaranya Bayang, Kampung Kolesterol, 30 Hari Sebelum Raya dan Aku Tak Raya.

Sufian juga terkenal dengan bisnes sampingannya iaitu produk Islamik seperti bantal dan radio dengan alunan Al-Quran.

Kini aktif bernyanyi di bawah label Rusa Music, Sufian turut mengubati hati para peminat dengan single terbaru yang bertajuk Menggengam Bahagia yang diluncurkan pada Jun 2023.

Latar Belakang Bakal Isteri Sufian Suhaimi

Pada hujung Oktober 2017, Sufian menarik perhatian ramai warganet apabila mengumumkan pertunangannya bersama aktres jelita, Elfira Loy. Namun, pertunangan mereka terputus pada Februari 2018.

Baru-baru ini, Sufian mengejutkan warganet apabila dikhabarkan telah merisik wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Sayang.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sufian didapati telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya itu.

Menurut laporan media, hubungan Sufian dengan gadis yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat mula dihidu pada April 2023 apabila mereka hadir berpakaian sedondon ke majlis perkahwinan penyanyi Aiman Tino.

Difahamkan bahawa wanita berusia 23 itu bukan seorang selebriti dan hampir menamatkan pengajian di sebuah universiti.

Selain memberi ucapan tahniah kepada penyanyi terkenal itu, ramai juga yang mengatakan wanita pilihan hati penyanyi tersebut mempunyai wajah yang mirip dengan pelakon cantik, Intan Najuwa.

Sama-sama kita doakan kebahagiaan Sufian dan gadis pilihannya. Untuk ketahui perkembangan mengenai Sufian, sila ikuti laman Instagramnya di @sufiansuhaimi_.

Baca Juga : Biodata Angeline Tan, Kini Bergelar Isteri Sabri Yunus

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!